Home K - Pop “Saya Bukan Seorang Pembuli”-Kim Garam Tampil Dengan Kenyataan Bela Diri

“Saya Bukan Seorang Pembuli”-Kim Garam Tampil Dengan Kenyataan Bela Diri

0

Kim Garam tidak mengaku bersalah selepas mengeluarkan kenyataan baru yang membela dirinya mengenai kes buli terdahulu.

29E4CC6F 7BA8 481E A957 7029F5628FDE

Sebelum itu, Kim Garam memulakan “debut” dalam industri k-pop selepas menyertai kumpulan LE SSERAFIM pada Mei 2022. Selepas itu, dia telah dituduh pernah terlibat dengan kes buli yang menjadi perhatian ramai. Akibat daripada itu, dia telah “direhatkan” oleh agensi, HYBE, sehingga penyiasatan selesai. Selepas beberapa kali menidakkan tindakan anak agensi, HYBE akhirnya mengambil keputusan untuk menyingkirkan Kim Garam daripada kumpulan tersebut.

Selepas LE SSERAFIM giat melakukan promosi kumpulan mereka dengan berbaki 5 orang ahli, Kim Garam telah kembali membela diri. Pada 10 Ogos 2022, Kim Garam telah mengeluarkan kenyataan nya.

Pertamanya, gambar Kim Garam sebagai pelajar telah tersebar luas. Beberapa keping gambar Kim Garam tidak menggambarkan dia sebagai pelajar yang baik.

2B21D8DF E759 4279 8A66 2570DFDEEFA8

Kenyataan Kim Garam adalah seperti berikut:

“Hi, Kim Garam di sini.

Pertama, saya ingin memohon maaf. Walaupun agak lewat tetapi saya tidak pernah diberi peluang untuk berbuat sedemikian. Benar, saya gusar kalau apa yang saya impikan selama ini terkubur akibat daripada tuduhan ini. Namun, setelah hari-hari yang berlalu, saya lebih takut akan kritikan yang diberi ke atas diri saya. Dan jika anda memberi saya ruang dan peluang, saya akan menceritakan secara tulus daripada pihak saya.

1. Saya tidak pernah melakukan keganasan atau memukul.

2. saya tidak pernah dipaksa untuk pindah.

3. Saya tidak pernah merokok atau meminum arak.

4. Saya tidak pernah membuli sesiapa.

5. Saya hanya pelajar biasa.

Mengenai kes itu, yang berlaku sekitar March-Mei, itu adalah ketika di pertengahan sekolah selepas Yoo Eun Seo (mangsa) telah memburukkan rakan saya dan memuatnaik gambar nya separuh bogel.

Saya telah berdepan dengan beliau dan telah menyumpahnya di hadapan muka. Saya tidak memikirkan tindakan itu secara rasional menyebabkan saya telah berdepan dengan Yoo Eun Seo.

Saya menggangap pertolongan yang dihulur daripada pihak saya kepada rakan adalah kerana bersifat setia dan saya tidak mengganggap perkara itu serious. Selepas melihat kembali, saya merasakan tindakan itu adalah tidak matang.

Berbalik semula, persahabatan saya adalah penting. Walaupun cara saya salah, tetapi saya memiilih untuk tidak membenci diri saya yang dahulu.

Keluarga acapkali meminta saya untuk mengabaikan rakan yang memerlukan pertolongan. Saya mempunyai tanggapan itu pada masa kini.

Saya akan lebih berkerja keras untuk impian saya dan “debut” itu merupakan perkara terindah yang terjadi dalam hidup walaupun hanya untuk beberapa minggu.

Bagi peminat yang menyokong saya, terima kasih. Saya akan terus berkerja keras dan memperbaiki diri ini.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan ini.

Kim Garam, 10 Ogos 2022.”

396A157F E7D0 4A44 B3DB C111D50C00F7

Sumber: KoreaBoo

Baca artikel terdahulu: HYBE Tamatkan Kontrak Kim Garam