Home K - Pop Gambar Kumpulan “Girls Idol” Baru Di Bawah YG Entertainment Tersebar

Gambar Kumpulan “Girls Idol” Baru Di Bawah YG Entertainment Tersebar

0

Ramai juga eh yang bakal debut tahun 2022 ni. YG Entertainment pun nampaknya dah ready nak debut kumpulan girl idol mereka pada tahun ini juga.

3ABB74CE D67A 4C13 8B9C C829244C87F7

Walaupun belum ada kenyataan rasmi, tetapi peminat sudah mengumpul maklumat mengenai kumpulan girl idol tersebut. Sebagai contoh, mereka meneka bahawa nama baru kumpulan tersebut ialah BABYMONSTERS.

Di samping itu, dua orang pelatih, Vick & Jane yang pernah diperkenalkan melalui rancangan Idol Producer3 dan dijangka merupakan salah seoarang ahli kumpulan tersebut. Mereka turut memperkenalkan diri sebagai BABYMONSTERS, membuktikan bahawa kemungkinan besar itu nama kumpulan mereka.

177D899A 7B6A 41CD 8E13 33BAEDE33D68

YG Entertainment pernah memberitahu bahawa kumpulan girl idol bakal debut pada hujung tahun 2021 namun tarikh tersebut telah diubah kepada 2022.

Foto terbaru yang menunjukkan pelatih YG Entertainment juga telah tersebar dan peminat telah membuat spekulasi mengenai ahli kumpulan tersebut!

1EABD854 ABCF 4B33 8924 9ACC1ABC4490

Gambar tersebut menunjukkan ahli kumpulan itu terdiri daripada 7 orang, dan memasuki bangunan YG Entertainment. Ada juga yang memberitahu 9 orang tetapi tidak pernah disahkan.

Kami menunggu berita ini dengan penuh kesabaran!

Sumber: KoreaBoo

Baca artikel terdahulu: 2NE1 Rahsiakan Persembahan Di Coachella Kerana YG Entertainment