Home Entertainment Selepas Kejayaan ‘Extraordinary Attorney Woo’ Kang Tae Oh Berjaya Suruh Ibunya Melakukan...

Selepas Kejayaan ‘Extraordinary Attorney Woo’ Kang Tae Oh Berjaya Suruh Ibunya Melakukan Hal Ini

0

Pelakon Kang Tae Oh mendapat populariti yang besar di Korea dan di pelbagai negara luar negara melalui watak yang manis dan penyayang, Lee Jun Ho di dalam drama ‘Extraordinary Attorney Woo.’

Pada 22 Ogos, The Chosun Ilbo menerbitkan temu bual bersama Kang Tae Oh, yang telah mendapat populariti besar di Korea Selatan selepas sepuluh tahun debutnya.

Dalam temu bual itu, Kang Tae Oh berkongsi bagaimana dia akan menunaikan hajatnya selepas mendapat populariti yang luar biasa menerusi siri popular ‘Extraordinary Attorney Woo.’

1661184250 untitled 1

Dia mendedahkan bahawa bapanya kini bekerja sebagai pemandu bas di Incheon, dan ibunya bekerja di Sauna.

Kang Tae Oh Berkongsi, “Terima kasih kepada populariti dan kasih sayang yang semua orang berikan kepada drama tersebut, saya akhirnya dapat memberikan hadiah kepada ibu bapa saya sekarang.”

Dia menjelaskan bahawa dia telah mengubah suai rumah ibu bapanya dan berjaya membuat ibunya berhenti kerja kerana dia mengalami sakit belakang.

Dia seterusnya menambah, “Dia bekerja di sebuah Sauna dan berada di kaunter di mana dia akan memberikan kunci loker kepada pelanggan. Oleh kerana belakang badannya sentiasa sakit, jadi dia akan sentiasa duduk.

Saya memberitahunya baru-baru ini, ‘berhenti kerja dan dapatkan rawatan.’ Itulah matlamat saya (untuk meminta ibu saya berhenti kerja) sebelum saya menyertai tentera dan saya sangat gembira kerana dapat mencapainya.”

1660234168 untitled 1

Dia juga melakonkan semula apa yang dia beritahu ibunya dan berkata, “Mak berhenti kerja. Berhenti okay? Saya akan beri mak duit elaun, jadi berhenti!”

Ini bukan satu-satunya perbuatan baik yang dilakukan oleh pelakon itu. Beliau baru-baru ini menderma 20 juta KRW (~RM 66.5K) untuk membantu mangsa banjir semasa hujan lebat di Korea Selatan

Baca lagi: Drama Lakonan Ji Sung Untuk Tontonan Anda Di Masa Lapang

Baca lagi: “Mereka Dah Sampai New York La…”- V BTS & Jennie BLACKPINK Bercuti Bersama

Sumber: [1]