Home Kdrama/Kmovie Drama Lakonan Ji Sung Untuk Tontonan Anda Di Masa Lapang

Drama Lakonan Ji Sung Untuk Tontonan Anda Di Masa Lapang

0

Drama lakonan Ji Sung mesti mendapat sambutan daripada peminat-peminat kdrama di serata dunia. Beberapa drama lakonan beliau seperti Kill Me Heal Me, Secret Love, The Devil Judge & Dr John antara kdrama yang menarik untuk ditonton, nak-nak lagi yang bosan, boleh la mengisi masa lapang “binge watch” drama-drama lakonan Ji Sung. Jom baca sinopsis drama-drama ini di bawah:

C2AE95C6 C1FC 4814 B104 43CCA4EDC53A

Kill Me Heal Me

Jarang sekali drama-drama bersiri yang memaparkan tentang kisah hero yang mempunyai masalah mental. Lain dan amat berbeza bagi sebuah drama bersiri dari Korea Selatan yang bertajuk Kill Me Heal Me. Kill Me Heal Me memberi fokus kepada masalah mental sebagai tunjang utama jalan cerita dan isi plotnya. Tidak dapat dinafikan dua watak utama drama siri ini telah berjaya menjulang Kill Me Heal Me sebagai antara Kdrama terbaik yang pernah diterbitkan.

Kill Me Heal Me menyaksikan Ji Sung berjaya memberi 100% persembahan hebat sebagai seorang jejaka yang menghidap penyakit kecelaruan personaliti pelbagai yang kronik iaitu Cha Do-hyun. Cha Do-hyun bergelut dengan trauma hidup dan cuba melangkah untuk berjaya dengan bantuan seorang pakar psikiatri iaitu Oh Ri-jin (Hwang Jung-eum).

Pelbagai konflik kekeluargaan, percintaan dan persahabatan dipaparkan dalam Kdrama yang bergenre romantik-komedi, suspens dan medikal drama ini. Ianya berjaya memberi pengajaran yang membuka mata buat para penonton.

51DD6DAC 398A 4FAB A568 529982F7403F

Secret Love 

Drama Secret Love ini mengisahkan tentang pengorbanan dan boleh dianggap sebagai drama yang agak berat dan penuh dengan konflik.

Sinopsis drama ini mengisahkan bermula ketika dalam Perjalanan balik, Ahn Do Hoon telah terlanggar seorang perempuan yang merupakan kekasih Min Hyuk, disebabkan panik Ahn D.Hoon terus memandu kereta tanpa menolong wanita tersebut dan akhirnya wanita tersebut mati disitu. Akhirnya Kang Yoo Jung yang berkorban dan masuk penjara. Sementara Min Hyuk berasa marah dan ingin membalas dendam serta menghancurkn hidup K.Y. Jung semasa dan selepas die keluar penjara. Min Hyuk sentiasa mengikuti perkembangan K.Y.Jung dah mcm stalker gitu. Akhirnya secara tak sedar Min Hyuk telah jatuh cinta pada K.Yoo Jung. Konflik mula berlaku kerana Min Hyuk telah ditunangkan dgn Shin Se Yeon dan Se Yeon sememangnya cintakan Min Hyuk.

Manakala Ahn Do Hoon telah berpisah dgn K.Y.J dan dirinya mula berubah menjadi semakin tamak dia akhirnya suka pada Shin Se Yeon yg merupakan tunang Min Hyuk. Namun S.S.Yeon tetap sayangkan Min Hyuk. Kang Yoo Jung juga masih sygkan Ahn Do Hoon sehinggalah dia tahu yang Ahn D.Hoon menjadi penyebab kematian ayahnya barulah K.Y.Jung mula benci dgnnya dan akhirnya mula menyukai Min Hyuk. Lama kelamaan rahsia demi rahsia mula terbongkar satu demi satu.
D57AFDA3 E002 49A7 A710 38F4CA58342B
The Devil Judge 
Drama ini juga menunjukkan kejayaan Ji Sung dalam bidang lakonan nya selepas dipuji berjaya membawa watak dalam kdrama ini.
Sinopsis drama ini berlatar belakangkan suasana dystopia di mana rakyat tidak percaya dan benci akan pemimpin mereka.Dalam keadaan undang-undang yang tidak memberi makna, Hakim Kang Yo Han (Ji Sung) telah menjanjikan perubahan kepada masyarakat nya.
Kelainan berlaku ketika pertunjukan sidang secara langsung iaitu menyerupai siarana realiti tv akan diadakan setiap kali perbicaraan berlangsung dan seluruh negara telah dibenarkan untuk turut serta.
B77EDED8 1F10 44BB 9D9F E0CDB604989F
Dr John 
Peminat-peminat Kdrama pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton Doctor John iaitu sebuah Kdrama yang membawa genre drama perubatan dengan tema yang amat luar biasa. Drama bersiri Korea Selatan ini memberi pendedahan dan ilmu tentang sejenis penyakit yang jarang ditemui dan diketahui iaitu Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (PIPA). Penyakit PIPA ini menyebabkan pesakitnya tidak langsung merasai sakit, tidak dapat merasai keadaan panas dan sejuk serta badan pesakit-pesakit PIPA tidak berdaya untuk mengeluarkan peluh. Ji Sung telah membawa watak sebagai Dr John Cha/Cha Yo-han dalam drama bersiri ini.
Sinopsis drama ini mengisahkan tentang mengenai seorang doktor yang menghidapi penyakit PIPA. Cha Yo-han (Ji Sung) adalah seorang doktor yang berperangai agak pelik tetapi sangat genius dan mahir dalam kerjanya. Cha Yo-han dan Kang Shi-young (Lee Se-young) adalah sangat handal dalam bidang masing-masing dan mampu memberi diagnosis terhadap para pesakit dalam jangka masa yang amat singkat. Cha Yo-han yang mempunyai masalah PIPA merupakan pakar bius yang setiap hari berurusan dengan berurusan dengan pesakit-pesakit yang mempunyai tahap kesakitan melampau. Bagaimanakah seorang pesakit PIPA yang tidak pernah mengetahui rasa sakit merawat kesakitan pesakitnya? Drama siri ini sangat menarik dan penuh dengan pendedahan ilmu perubatan yang sangat luar biasa.
Jom tonton kdrama lakonan Ji Sung di platform Viu sekarang!