Home Kdrama/Kmovie Drama Yang Wajib Ditonton Ogos Ini Di Viu!

Drama Yang Wajib Ditonton Ogos Ini Di Viu!

0

Bosan kalau hari bercuti? Taktahu nak tengok drama apa? Ha, mari sini nak kongsikan drama yang korang boleh tonton sepanjang bulan Ogos ini di aplikasi Viu Malaysia. Antaranya ialah:

P.S I Hate You 

9FDC0953 D2C6 40DD 9C5B 1C91A25CE90A

Drama Thailand ini mengisahkan tentang 5 orang wanita yang bersahabat karib. Mereka telah berkawan lama. Pada hari pernikahan Prae, yang sepatutnya menjadi hari bahagia buat nya, telah menjadi peristiwa memalukan bagi Prae apabila video yang menjadi rahsia besar bagi Prae telah tersebar ketika hari perkahwinan nya berlangsung. Prae telah mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas video itu tersebar.

Tanpa disangka, video itu telah disebarkan oleh salah seorang daripada rakan baiknya sendiri yang mengetahui mengenai rahsia Prae. Meen, rakan kepada Prae cuba untuk menyelidik mengenai kematian Prae dan apabila disiasat secara mendalam, semakin besar rahsia mengenai video tersebut.

Immortal Samsara 

0A069D82 6882 4B9F 97E6 43C338025A0B

Immortal Samsara merupakan drama bersiri Cina terbaru yang diarahkan oleh Guo Hu dan Ren Hai Tao. Diadaptasi dari novel Chen Xiang Ru Xie yang ditulis oleh Su Mo. Membawa genre romantik, kostum, Wuxia dan fantasi yang mengfokuskan tentang kisah cinta dan peperangan yang berlaku di alam fana.

Ying Yuan (Cheng Yi) ialah Tuan Yang Berdaulat dan pelindung alam syurga yang memiliki kuasa alam yang sangat hebat yang didiami oleh dewa-dewa dan roh-roh yang hidup dalam alam fana. Mereka semua hidup aman damai di atas langit, dengan mengikat perjanjian damai yang dibuat antara beberapa kerajaan langit yang saling bersaing.Walau bagaimanapun, suatu hari kedamaian itu hampir terlerai apabila salah seorang ketua dunia syaitan cuba mencuri harta karun yang mempunyai kuasa penyembuhan yang luar biasa iaitu Teratai Berdaun Empat dari keturunan suku kuno. Pergelutan sengit mula berlaku dan Ying Yuan terpaksa campur tangan bagi menggagalkan percubaan pencerobohan ketua dunia syaitan.

Disaat mereka sedang bergelut, harta karun kuno tersebut yang mekar terbentuk dari bunga teratai berubah bentuk menjadi manusia dan mereka diberi nama sebagai Yan Dan (Yang Zi) dan kakak kembarnya Zhi Xi (Meng Ziyi).Namun ketika Yan Dan telah meningkat dewasa, ujian alam fana yang sangat hebat menimpanya apabila Yan Dan telah jatuh cinta kepada Tuan Yang Berdaulat Ying Yuan. Peraturan alam fana tidak membenarkan para dewa dewi menjalinkan hubungan cinta dan bagi yang melanggar hukum alam fana itu, mereka akan dihukum.

If You Wish Upon Me

C6CFBF3B DC48 484C 8BF5 D036453DD444

If You Wish Upon Me adalah sebuah drama bersiri yang berkisar tentang hidup seorang lelaki muda yang bernama Yoon Gyeo-ree (Ji Chang-wook) yang melalui hidup yang amat sukar dan masa silam yang sangat gelap. Yoon Gyeo-ree sebelum ini membesar di sebuah rumah anak yatim tanpa mengetahui tentang ibu dan ayahnya. Sewaktu membesar dia sering menimbulkan masalah dan pernah dikenakan tindakan untuk ditahan di pusat jagaan pesalah juvana dan juga penjara.

Kisah bermula apabila Yoon Gyeo-ree dibebaskan dari penjara, lelaki itu sering diburu oleh lintah darah dan penjahat yang mahukan sesuatu darinya. Yoon Gyeo-ree akhirnya terpaksa melakukan kerja amal di sebuah hospital penjagaan kerana dia terlibat dengan sebuah Kemalangan. Hospital penjagaan itu merupakan sebuah tempat rawatan dan jagaan buat pesakit-pesakit yang sudah tidak ada harapan untuk hidup. Di tempat itu Yoon Gyeo-ree mula belajar tentang kehidupan dan kemanusiaan apabila dia terlibat dengan pasukan sukarelawan yang menjaga pesakit-pesakit di situ. Pasukan sukarelawan itu juga melakukan sedaya upaya untuk menunaikan hasrat akhir setiap pesakit.

Poong, the Joseon Psychiatrist 

68F35513 E481 46ED 87C4 09997A691CA5

Poong, the Jaseon Psychiatrist adalah berdasarkan novel dengan tajuk yang sama pernah memenangi Anugerah “Excellence Award” bagi pertandingan “Korea Story Contest” pada tahun 2016.

Sinopsis cerita ini mengisahkan tentang Yoo Se-poong dilahirkan dalam keluarga bangsawan, dia merupakan ketua ahli akupunktur yang genius bertugas di istana diraja. Namun Se-poong terpaksa di halau kerana dituduh membunuh Raja selepas Raja menerima rawatan akupunktur yang dilakukannya. Sejak kejadian hitam itu, dia menjadi trauma, sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami mimpi buruk. Dia malah tidak boleh lagi mengamalkan akupunktur.Hampir setahun Se-poong hidup tanpa arah dan hidupnya mula berubah setelah dia tiba di Kampung Gyesu dan bertemu dengan seorang balu muda yang bernama Seo Eun-woo yang mempunyai nasib yang agak malang setelah kematian suaminya pada hari perkahwinannya. Kerana dia dianggap membawa nasib malang, keluarga mertuanya selalu membulinya dan menyebabkan Seo Eun-woo cuba membunuh diri beberapa kali.

Di kampung Gyesu, Se-poong juga bertemu dengan pemilik Klinik Gyesu iaitu Gye Ji-han. Gye Ji-han adalah seorang doktor yang agak tamak namun dia juga seorang doktor yang mesra dan suka membantu mereka yang susah. Se-poong telah menjadikan Gye Ji-han sebagai gurunya.Bersama-sama si Trio ini akan berganding bahu membantu mengubati dan menyembuhkan penduduk kampung yang sakit dan memerlukan dan lama-kelamaan Se-poong dan gurunya mula jatuh cinta dengan Eun-woo. Maka bermulalah segala drama serta babak-babak kelakar, sedih, penuh emosi, marah dan benci.

Today’s Webtoon 

642F4229 48AA 4562 8376 82C928C41AD6

Today’s Webtoon merupakan drama Korea terbaru yang diadaptasikan daripada Manga berjudul, “Juhan Shuttai!”, karya Naoko Matsuda.

Drama genre komedi ini mengisahkan tentang seorang wanita, Ma Eum (dilakonkan oleh  Kim Se Jeong) yang memasuki bahagian editorial webtoon setelah menempuh segala dugaan.

Ma Eum memiliki nafsu makan yang besar, deria bau yang kuat dan bekas anggota kebangsaan judo. Ma Eum terpaksa meninggal kan karier atlet kerana kecederaan yang dialaminya. Dia mula memasang impian ketika secara tidak sengaja menghantar makanan ke bahagian editorial webtoon dan disitulah bermula segala-galanya.

AI.5YA

B492CF51 7198 45E1 A7EA 4658FB68610A

Drama AI.5YA dilakonkan oleh Zizan Razak, Mia Sara Shauki dan ramai lagi. Drama genre Komedi, sains-fiksyen ini berjumlah 10 episod ini ditayangkan pada 18 Ogos 2022.

Kisah tentang Jehan, seorang pencipta kandungan yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.

Namun Jehan menerima sebuah android peneman bernama AI.5YA yang tertukar secara tidak sengaja dengan android pembikin filem (AI.M4N) yang dipesannya. Jehan terpaksa menukar fungsi android peneman yang disalah hantar kepadanya untuk menjadi kru penggambaran yang serba boleh.Walau bagaimanapun, apabila videonya yang dibintangi AI.5YA menjadi tular, Jehan mendapati dia perlu merahsiakan identitinya dari peminat dan Maya.

Tontoni drama-drama ini tanpa gangguan iklan dengan melanggan aplikasi Viu di Apps Store dan Google Store.