Home Entertainment See You In My 19th Life – 10 Perbezaan Ketara Kdrama vs...

See You In My 19th Life – 10 Perbezaan Ketara Kdrama vs Webtoon

0

See You in My 19th Life (2023) diadaptasi dari sebuah webtoon berjudul sama dari penulis Lee Hye. Para penonton boleh membaca webtoonnya dan anda dijamin puas hati.

See You In My 19th Life dibintangi oleh Shin Hye-sun, Ahn Bo-hyun, Ha Yoon-kyung, dan Ahn Dong-goo. Ia ditayangkan pada 17 Jun 2023, dan disiarkan di tvN setiap Sabtu dan Ahad di penstriman di TVING dan Netflix di kawasan terpilih.

Melihatkan empat episod pertama See You in My 19th Life (2023), sudah ada beberapa perbezaan antara drama dan webtoonnya. Jom kita lihat perbezaannya di bawah ini!

IMG 3557 IMG 3564

Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!

1. Pertemuan pertama Yoon Ju Won dan Moon Seo Ha sangat berbeza

See you in my 19th lifePertemuan pertama Yoon Ju Won (Kim Si Ah) dan Moon Seo Ha kecil (Jeong Hyun Jun) di sekolah ternyata berbeza antara drama dan webtoon-lnya. Dalam drama, Yoon Ju Won sedang melukis di padang sekolah sewaktu Seo Ha berlari tanpa melihat persekitarannya lalu melanggar Yoon Ju Won.

Sedangkan dalam versi webtoon, pertemuan pertama mereka terjadi di rumah Moon Seo Ha. Selepas, adegan mereka bertengkar di perpustakaan.

2. Yoon Ju Won dalam webtoon pernah menghindari Moon Seo Ha kerana dia menyukainya

3ea0bb7f 12d0 47ae 9945 aaf8d90a118dDalam versi drama, Yoon Ju Won terkejut kerana dia tertarik dengan Moon Seo Ha. Namun, dia tidak pernah menghindari Moon Seo Ha, walaupun kanak-kanak lelaki itu selalu mengajak dia berkahwin.

Berbeza dengan versi webtoon dimana Ju Won menghindari Moon Seo Ha. Alasannya kerana sudah terlanjur menyukai kanak-kanak lelaki tersebut. Dia tidak mahu jatuh cinta lagi seperti kehidupan sebelum-sebelumnya.

Baca juga: Rating 12 Kdrama Pada Minggu Ke-4 Jun 2023 termasuk See You In My 19th Life

3. Waktu selepas Yoon Ju Won mengaku pernah hidup berkali-kali kepada Moon Seo Ha juga berbeza

c8c20172 20c4 41f3 a5f2 d3ed44c5b18e 1Yoon Ju Won mengaku bahawa dia sudah hidup berulang kali sewaktu bertemu Moon Seo Ha di perpustakaan. Waktu itu, Moon Seo Ha tidak percaya dan memanggilnya ahli sihir.

Sedangkan dalam versi webtoon, Yoon Jun Won jujur mengenai kehidupannya sewaktu mereka sudah lama putus hubungan. Saat itu, Moon Seo Ha menunggu di depan rumah Ju Won di tengah siraman air hujan.

4. Pekerjaan Ban Ji Eum pejabat pusat Mi tidak dijelaskan terperinci seperti webtoon

IMG 3562Pekerjaan Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) versi drama dalam See You In My 19th Life di pejabat pusat Mi dijelaskan cukup terperinci. Ada beberapa adegan yang menunjukkan dia memandu dan menguji kereta untuk syarikat Mi.

Sedangkan dalam versi webtoon, pekerjaan sebenar Ban Ji Eum tidak ditunjukkan. Dia hanya diceritakan mampu menjadi pembantu pengurus termuda dan berjaya menyelesaikan projek-projek besar.

5. Dalam versi webtoon, Ban Ji Eum bekerja di bahagian jualan dan pemasaran Hotel Mi

d47adb34 d95e 46d8 9c63 27da96455a4aMoon Seo Ha versi dewasa (Ahn Bo Hyun) dalam See You In My 19th Life akhirnya menerima Ban Ji Eum bekerja di Hotel Mi. Dalam versi drama, Ban Ji Eum tidak mempunyai jawatan khas, kerana Moon Seo Ha menganggapnya serba boleh dan agak sukar untuk menempatkannya di salah satu bahagian sahaja.

Namun dalam versi webtoon, Ban Ji Eum dimasukkan ke dalam pasukan jualan dan pemasaran. Dia kerap memberikan cadangan kepada Moon Seo Ha dan pasukan jualan untuk kemajuan Hotel Mi.

6. Moon Seo Ha tidak menggunakan alat bantuan pendengaran dalam versi webtoon

690f51b5 353a 4b61 8d71 e1673499f8fcPerbezaan lain yang dilihat dengan jelas adalah kesihatan karakter Moon Seo Ha. Dalam versi drama, dia selalu memakai alat bantuan pendengaran saat menjalankan aktiviti harian.

Tapi dalam versi webtoon, Moon Seo Ha yang pendengarannya terganggu tidak pernah memakai alat bantuan pendengaran.

7. Yoon Cho Woon versi webtoon bekerja di WW Entertainment, bukannya seorang pemilik kedai dan kebun bunga

e9a51083 edf1 4cce 8c84 45ca8324bbe1Yoon Cho Won (Ha Yoon Kyung) dalam versi drama bekerja sebagai florist. Dia memiliki kebun bunga besar yang pada akhirnya menjadi vendor penting di Hotel Mi.

Namun dalam versi webtoon, Yoon Cho Won bekerja di WW Entertainment, syarikat milik keluarganya. Bahkan dia pernah menawari Ban Ji Eum untuk menjadi rekrut syarikatnya.

8. Ha Do Yoon versi webtoon menolak Yoon Cho Won dengan cara lebih jahat

04dae091 15cc 41a2 9221 be5494fb6cb2Ha Do Yoon versi drama terlihat lebih manis dan masra. Sikapnya terhadap Yoon Cho Won juga tidak terlalu dingin. Namun, Ha Do Yoon tetap menolak ajakan Yoon Cho Won bercinta.

Sedangkan dalam versi webtoon, Ha Do Yoon terang-terangan berkata bahawa dia masih mengingati bekas kekasihnya dan akan dijodohkan dengan orang lain. Selain itu, Yoon Cho Won sebenarnya sudah ‘menembak’ Ha Do Yoon 3 tahun sebelum itu.

9. Tidak ada adegan yang menunjukkan tarian flamenco dan kolam renang dalam versi webtoon

IMG 3563Dalam versi drama, Ban Ji Eum diceritakan mahir menari flamenco dan bermain alatan akordion. Namun dalam versi webtoon, dua kebolehan itu tidak ada, setidak-tidaknya hingga episod 25.

Selain itu, karakter Moon Seo Ha dalam versi drama juga dikenali sungguh gemar berenang dan menenangkan diri sambil menyelam. Tapi dalam versi webtoon, tidak ada adegan Moon Seo Ha melakukan perkara rutin seperti ini.

10. Kim Jung Ho dalam webtoon adalah ahli silap mata, bukan ahli akrobatik

fab75b99 0e02 407f a59e a0c8def8c15fPerbezaan lain juga ditunjukkan dari karakter Kim Jung Ho (Lee Jae Kyoon), kehidupan ke-17 Ban Ji Eum. Dalam versi drama, dia digambarkan sebagai ahli akrobatik yang meninggal kerana sakit.

Tapi dalam versi webtoon, ternyata Kim Jung Ho adalah seorang ahli silap mata. Maka itu, Yoon Ju Won boleh melakukan silap mata di depan Moon Seo Ha.

Walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam versi drama dan juga webtoon “See You In My 19th Life”, jalan ceritanya tetap menarik dan menghiburkan!!

Jadi pastikan anda yang menyukai drama siri “See You In My 19th Life” tidak ketinggalan dari menontonnya ya!

Baca lagi: “See You in My 19th Life” – 4-Teki Episod Awal
Baca juga: “See You In My 19th Life” – 3 Sebab Wajib Tonton Kdrama Terbaharu Ini