Home Entertainment “See You in My 19th Life” – 4 Teka-Teki Episod Awal

“See You in My 19th Life” – 4 Teka-Teki Episod Awal

0

Netflix baru sahaja menayangkan drama siri Korea terbaru yang bergenre fantasi bertajuk See You In My 19th Life (2023)

Watak utama drama “See You In My 19th Life” ini adalah Ban Ji Eum (Shin Hye-sun) yang telah berkali-kali dihidupkan semula selama ribuan tahun. Anehnya, dia mengingati setiap kehidupan yang dijalaninya.

Di kehidupan ke-18 dia bertemu dengan Moon Seo Ha (Ahn Bo-hyun) sewaktu kecil dan jatuh cinta. Di kehidupan ke-19 kini, dia ingin meneruskan kisah cintanya dengan Seo Ha.

IMG 2761

Jika anda sudah menonton drama siri ini, terdapat beberapa misteri atau teka-teki pada episod awal Kdrama See You In My 19th Life. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang teka-teki tersebut, jom sama-sama kita baca ulasan seperti di bawah ini:

1. Mengapa Ban Ji Eum boleh hidup semula sebagai seorang lain dan mengingati semua kehidupannya

See you in my 19th lifeBan Ji Eum mengalami hidup semula selama ribuan tahun. Namun pada awal kisah kehidupan yang banyak Ji Eum hingga dia mampu mengingati semua kehidupannya, adakah ini anugerah atau sumpahan? Statusnya belum diketahui. Fokus cerita adalah kepada usaha Ji Eum untuk mendapatkan perhatian Seo Ha.

2. Penyebab kemalangan Moon Seo Ha

a42a9a79 72ea 4d3d aabb 06e2ad85886fKetika Seo Ha (Jeong Hyun Jun) berumur sembilan tahun, dia dalam perjalanan meraikan hari lahirmya dengan Yoon Ju Won (Kim Si A) yang merupakan kehidupan ke-18 Ji Eum. Dalam perjalanan, kereta yang dinaiki Seo Ha dilanggar oleh sebuah trak hingga Yoon Ju Won menemui maut pada kehidupannya yang ke 18.

Adakah kemalangan ini hanya kemalangan biasa, atau adakah niat jahat atau permainan kotor politik di dalam kes kemalangan ini?
Seo Ha adalah anak tunggal Moon Jung Hun (Choi Jin Ho) yang akan mewarisi perniagaan keluarganya. Di episod awal sudah kelihatan persaingan antara keluarga Seo Ha.

Kemungkinan besar kemalangan Seo Ha ada hubungan kait dengan permainan kotor dan permusuhan dalam keluarganya. Adakah kemalangan tersebut adalah salah satu kejahatan untuk menyingkirkan Seo Ha

3. Adakah Ban Ji Eum akan memberitahu Seo Ha kebenaran identitinya?

472c7fd9 12d9 4f61 9969 207f5e8e2be3Kenyataan bahawa seseorang boleh hidup dalam banyak kehidupan adalah sukar untuk dipercayai. Fakta tentang Ji Eum yang merupakan penjelmaan semula Yoon Ju Won juga pasti akan sukar untuk diterima oleh Seo Ha. Adakah Ji Eum perlahan-lahan akan memberitahu Seo Ha tentang identitinya?

4. Mengapa Cho Won mendekati Seo Ha?

4cd03d64 c251 499e 88e1 ce7232ea0d95Pada episod dua Yoon Cho Won (Ha Yoon Kyung) terlihat ingin lebih mendekati Seo Ha. Dia turut meminta tolong Ji Eum untuk memasukkan proposal landskap taman ke pejabat Seo Ha supaya dia boleh bekerjasama dan bertemu dengannya. Apakah motif Cho Won mendekati Seo Ha?

825fdf4c 509b 4267 96c2 3f5c0befe35dPada teaser episod tiga, Cho Won dilihat sedang berada di rumah Seo Ha. Ji Eum yang melihatnya juga agak terkejut. Adakah Cho Won berada dekat dengan Seo Ha kerana perniagaan, cinta, atau mungkin ada alasan lain?

Setelah mengetahui teka-teki dan misteri yang terkandung dalam drama siri See You In My 19th Life ini, para peminat setia akan jadi semakin tertanya-tanya, bagaimanakah kisah seterusnya? Teka-teki episod awal drama siri See You In My 19th Life akan terjawab satu demi satu di setiap episod nanti.

Jangan lupa saksikan episod seterusnya “See You In My 19th Life” pada minggu ini setiap Sabtu dan Ahad hanya di Netflix!

Baca lagi: 8 Kdrama Tema Perubatan, Watak Utamanya Wanita

Baca juga: 8 Kdrama Thriller seperti “My Perfect Stranger”, Wajib Tonton