Home Video “Sebijik Achik Spin Suara Mamat ni..”-Dituduh Miming, Sekali Achik Asrain Payung Nyanyian...

“Sebijik Achik Spin Suara Mamat ni..”-Dituduh Miming, Sekali Achik Asrain Payung Nyanyian Nya Dalam ‘Live’ Tiktok

0

Abdillah Murad Md. Shari atau lebih terkenal sebagai Achik Spin merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Sepanjang kerjaya muzik beliau, Achik telah menerbitkan 4 album studio bersama kumpulan Spin selaku vokalis utama yang diketuai oleh beliau, bahkan telah mencipta 2 album kompilasi duet dan telah mengeluarkan 40 single. Namun baru-baru ini kecoh di media sosial yang mana terdapat seorang lelaki dikatakan membuat ‘miming’ suara arwah achik spin.

Menerusi klip video yang tular di tiktok @achik.asrain dapat dilihat suara pemilik akaun tersebut yang sangat seiras dengan arwah achik spin sehingga dia dituduh hanya membuat ‘miming’ suara achik spin untuk meraih perhatian ramai sehingga pelbagai komen dilontarkan pada setiap video nyanyian yang dimuat naik oleh dia.

Namun dia telah membuktikan bahawa itu benar suara dia dengan membuat siaran langsung atau ‘live’ di akaun tiktoknya sendiri bagi memuaskan netizen sendiri yang tidak percaya bahawa suara itu benar suaranya sendiri. Dan dapat dilihat juga penyanyi tajul yang memberikan hadiah besar dalam live tersebut yang seterusnya membuatkan ramai percaya. Live yang dibuat telah mencapai 1 juta tontonan dan ramai yang turut meremang mendengarkan nyanyian yang disampaikan oleh achik asrain itu yang sangat sebijik dengan suara arwah achik spin.

achik

Baca juga : Dituduh Curi Motor Selepas Polis Periksa No Plat, Rupanya Ini Yang Terjadi

Baca juga : “Otw Ratu Rock Malaysia 2.0 Ke Ni”-Nyanyian Makcik Ini Buat Ramai Tertarik

Lihat klip video di tiktok :

@officialachik_asrain

Terima kasih adik @tajulofficial ❤️ semoga murah rezeki selalu #tajulariffc #artispayung #jangankecam #achikasrain #newacc #live

♬ Di Mana Janjimu Dulu – Spin

Lihat juga komen netizen :

@Lola_Isabella : sy like sbb sy peminat arwah achik spin n abg suara sma dgn arwah.

@memeytarmizi : sehari sblum achik meninggal..terserempak ngan family dia kt mall..smpatlh main ngan baby twin dia..tup2 esk pagi xciden meninggal..shock kejap

@miss kim : TQ bang terubat rindu Kat achik

@nuar_aniki : lagu paling padu nak nyanyi, semput oo nak layan chorus die ulang² tp puas woo

@IZZATI : suara abang ni buat aku rindu dekat arwah Achik spin… tiap kali poie karaoke mesti aku akan nyanyi lagu arwah

@kaiza : Dlu lagu2 arwah achik sy dpt tarik..skg da semputtt

@La boii : Yg ni memang miming, tpi suara bro memang sedap cover lagu2 arwah achik

@Linda : Finally dah jumpa suara achik spin yang sama

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram