Home Video Bawa Lagu ‘Bunga Angkasa’ Di Majlis Perkahwinan India, Nyanyian Budak Lelaki Ini...

Bawa Lagu ‘Bunga Angkasa’ Di Majlis Perkahwinan India, Nyanyian Budak Lelaki Ini Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok burnpazzword, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang budak lelaki menyanyikan lagu berjudul ‘Bunga Angkasa’ oleh penyanyi asalnya iaitu Terra Rossa. Nyanyian budak lelaki ini yang membawa lagu tersebut di sebuah majlis kahwin berbangsa India telah menarik perhatian warganet. Nyanyiannya juga mendapat respon yang positif daripada netizen, di mana suaranya yang merdu dan lunak.

Screenshot 2023 10 05 235814
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan nyanyian budak lelaki ini sememangnya merdu dan boleh mendapat sambutan yang hangat jika beliau menyertai pertandingan nyanyian. Ada juga yang memberi pujian mengatakan lagu ini tidak semua orang mampu menyanyikan, dan budak lelaki ini juga berjaya menawan hati penonton.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang raami sebanyak 760.7K penonton, 77.8K sukaan dan 4919 komen.

Baca lagi: “Sebijik Achik Spin Suara Mamat ni..”-Dituduh Miming, Sekali Achik Asrain Payung Nyanyian Nya Dalam ‘Live’ Tiktok

Baca lagi: Eksperimen Promoter Menangis Depan Pelanggan, Tindakan Orang Awam Pula Buat Ramai Tak Sangka

Lihat klip durasi pendek nyanyian budak lelaki ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumedia

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Wan Amy: yg ada kawan india jer tahu memang budak2 india nyanyi lagu melayu memang sedap

@Dausssskimiiii: mcm cerita rock bro part scene amy mat piah buat syok dia sendiri kt kenduri india

@WAN: dik , abg yg melayu pun xmampu nak nyanyi lagu ni

@D-In: org india ramai yg suaranya sedap. antara yg popular spt kumpulan alleycats, ben nathan, moses vadham, jaclyn victor, santesh dan ramai lg

@Rosli Zainul: terharu…yes, jangan biarkan all those nonsense politicians divide us the rakyat !!!

@AbgNgah_92_Official: Abang pun dulu suara mcm ni dik. Lepas abang kena mimpi ngeri takde dah suara mcm ni.

@Att: Ulang 3 kali, wahh. Terbaikk lah adik ni bawa lagu melayu.

@Roshaizal: Tak kesah la. melayu ke India ke. yang penting dia mau tunjuk dia punya bakat

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram