Home Entertainment “Saya Sedang Siapkan…”- Jessi Rancang Sesuatu Untuk Industri Hiburan Korea Selatan

“Saya Sedang Siapkan…”- Jessi Rancang Sesuatu Untuk Industri Hiburan Korea Selatan

0

Media tempatan Korea melaporkan yang Jessi sedang merancang sesuatu untuk industri hiburan Korea Selatan, iaitu dengan membuka sebuah agensi selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan agensi lamanya, P-Nation pada Julai tahun ini.

jessi leaves p nation.jpeg

Sebelum ini, P-Nation mengumumkan pengunduran Jessi daripada agensi mereka dengan penuh rasa sedih, “Sebagai artis berkelas tinggi P-Nation, Jessi telah bekerja keras daripada mula karier sehingga sekarang, dan berjaya mendapat tempat di hati peminat. Usaha dan pencapaian Jessi memberi motivasi kepada kami semua di P-Nation.”

jessi profile

Sementara itu, pengunduran Jessi daripada agensi tersebut kerana beliau ingin berehat sebelum memulakan rancangan terbaru nya. Peminat sudah pasti tidak sabar menunggu kemunculan semula Jessi dalam industri muzik di Korea Selatan!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Menarik! Ini Rupanya Punca HyunA Tidak Memakai Makeup Ketika ‘Dating’.