Home K - Pop Kdrama ‘Little Women’ Menyinggung Perasaan Rakyat Vietnam Dengan Dialog Ini!

Kdrama ‘Little Women’ Menyinggung Perasaan Rakyat Vietnam Dengan Dialog Ini!

0

Pada 6 Oktober lalu, kdrama bersiri yang masih bersiaran, ‘Little Women‘ telah dikeluar senarai daripada Netflix untuk penonton di Vietnam, selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa Vietnam.

Little Women yang dilakonkan oleh Kim Go Eun, Nam Ji Hyun, Park Ji Hoo, Wi Ha Joon, Uhm Ji Won dan ramai lagi menceritakan tentang tiga orang adik beradik perempuan yang membesar dalam keluarga kelas bawahan dan telah terjerat dengan keluarga kaya dan berpengaruh di Korea Selatan.

Menurut media tempatan Vietnam, cerita itu telah menghina sejarah dan negara Vietnam dan turut melanggar undang-undang penyiaran di Vietnam. Di dalam drama tersebut, karakter Won Ki Seon, bekas askar Vietnam telah membuat dialog berikut:

“Askar Korea telah mengorbankan 20 orang askar Vietcong pada masa lalu. Seorang askar telah membunuh 10 orang.” dan “askar Korea merupakan hero ketika perang Vietnam.”

Netizen Korea sedar akan perkara itu, apabila rakyat Vietnam mula memberi respons terhadap dialog tersebut. Ada yang meninggalkan komen,

“Pengarah ni gila ke? Tak reti nak berfikir sebelum keluar kan dialog macam tu?”

“Saya sangat malu.”

“Teruk betul babak tu, saya sangat terkejut dengan dialog yang diungkapkan”

Menjawab isu tersebut, produksi drama, Studio Dragon menjelaskan, “Kami berjanji untuk lebih berhati-hati dalam soal budaya dan sensitiviti rakyat pada masa akan datang.”

Sementara itu, drama Little Women bakal tiba ke episod penghujung nya pada hujung minggu ini. Anda masih mahu ke tonton kdrama ini?

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Saya Sedang Siapkan…”- Jessi Rancang Sesuatu Untuk Industri Hiburan Korea Selatan