Home Entertainment “Saya Mula Jatuh Cinta…” -Park Hye Soo Muncul Di Khalayak Ramai Selepas...

“Saya Mula Jatuh Cinta…” -Park Hye Soo Muncul Di Khalayak Ramai Selepas Terlibat Kes Buli

0

Pelakon, Park Hye Soo dikatakan telah membuat kemunculan kembali di khalayak ramai selepas kontroversi mengenai kes buli nya bertebaran. Beliau dilihat muncul ketika Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-27.

Pada 9 Oktober yang lalu, GV bagi filem ‘The Dream Songs’ telah meraih tempat ke 27 di BIFF. Pengarah, Jo Hyun Chul dan pelakon, Park Hye Soo & Kim Si Eun telah menjawab beberapa pertanyaan daripada media ketika acara tersebut.

1615146214 unnamed

Ini merupakan kemunculan semula yang pertama kali buat pelakon ini selepas terlibat dalam pertuduhan kes buli pada Februari 2021 tahun lalu. Pada masa yang sama, aktress itu menafikan pertuduhan tersebut dan telah mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan.

Pada hari tersebut, Park Hye Soo menyatakan, “Sudah lama tidak bertemu, dan saya sangat gembira dapat bersama anda semua pada hari ini. Saya faham yang anda semua tertanya-tanya akan perkembangan terbaru saya. Saya telah melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes tersebut yang sedikit sebanyak telah menggangu perjalanan karier saya. Saya akan mendedahkan secara terperinci kepada anda semua mengenai perkara tersebut sejurus siasatan habis dilakukan.”

Beliau turut meraih perhatian selepas menyatakan, “Saya tidak sihat secara fizikal dan mental apabila saya memulakan pengambaran filem ini. Tetapi saya sudah jatuh cinta ketika projek filem ini berjalan. Ini merupakan filem pertama saya dan saya dapat rasakan bahawa semua yang terlibat sangat tekun dalam menyiapkan filem ini. Memori ini akan kekal dalam ingatan saya.”

Sementara itu, filem ‘The Dream Songs’ mengisahkan tentang dua pelajar sekolah menengah. Berikut merupakan trailer kepada filem tersebut.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: Byul Kongsi Keadaan Terkini Anaknya Yang Menghidap Penyakit Sindrom Guillain-Barre