Home K - Pop Byul Kongsi Keadaan Terkini Anaknya Yang Menghidap Penyakit Sindrom Guillain-Barre

Byul Kongsi Keadaan Terkini Anaknya Yang Menghidap Penyakit Sindrom Guillain-Barre

0

Penyanyi Byul berkongsi mengenai keadaan terkini anaknya yang menhidap penyakit sindrom Guillain-Barre.

Sebelum ini, pada 27 September yang lalu, Byul telah mendedahkan keadaan anaknya yang jatuh sakit pada beberapa bulan yang lepas dan telah di diagnos menghidap penyakit sindrom Guillain-Barre. Byul bagaimana merasa bersyukur selepas anaknya berjaya pulih daripada simptom penyakit itu dalam tempoh masa yang singkat dan sudah mampu berjalan sendiri.

Pada 10 Oktober, Byul telah memuat naik sebuah posting di Instagram dan memberitahu keadaan terkini kesihatan anaknya. Byul telah memuatnaik gambar bersama anaknya dengan caption, “Terima kasih semua di atas sokongan dan doa. Saya telah membaca satu persatu mesej daripada anda semua dan berasa sangat teruja dan membuatkan saya lebih bermotivasi. Seperti yang anda semua boleh lihat, keadaan anak saya, Song Yi semakin pulih dari hari ke hari. Saya sendiri pun tak boleh bezakan samada dia sakit atau tidak^^”

Dia turut menyambung, “Saya rasa kita semua tidak menyedari bahawa kata-kata yang baik itu mampu memberi ketenangan dan membuatkan seseorang itu berasa lebih bermotivasi untuk menghadapi kesulitan. Saya akan terus membalas kebaikan anda semua! Jika seseorang merasa sedih, anda jangan risau, saya bersama anda semua dan sentiasa mendoakan anda dalam keadaan yang baik dan bahagian!”

 

Kesian nya dekat anak Byul! Semoga sihat selalu dan membesar dengan kuat dan cantik ya!

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: 10 Artis Korea Wanita Yang Mempunyai Pengikut Teramai di Instagram!