Home Entertainment Ryu Kyung Soo – 9 KDrama Yang Dibintanginya

Ryu Kyung Soo – 9 KDrama Yang Dibintanginya

0

Apakah 9 drama yang dibintangi oleh Ryu Kyung Soo itu? Jom intai!

Setelah berlakon dalam filem Jung E pada awal tahun ini, Ryu Kyung Soo menyapa kembali para peminatnya melalui drama siri Tale of the Nine Tailed 1938.

IMG 5828

Drama siri tersebut menceritakan tentang watak gumiho yang kembali ke tahun 1938 kerana sebuah kes yang tidak disangka-sangka.

Nama Ryu Kyung Soo pastinya sudah tidak asing lagi buat para peminat filem dan drama siri Korea Selatan kerana pelakon ini sering tampil dalam drama dan filem Korea popular.

Antaranya adalah 9 drama siri berikut ini:

 

c12a2ead 6ae6 406e ab2c 0eaa8ae03c9c1. Debut dalam dunia seni lakon, Ryu Kyung Soo berlakon sebuah watak kecil sebagai karakter yang bernama Park Jung Ho dalam drama siri Happy Ending (2012)

fa9fef8b 12fe 4657 8172 f9cf470ac6a52. Selepas 7 tahun, dia membuat kemunculan semula melalui drama siri yang bertajuk Confession (2019) sebagai buruan dalam kes pembunuhan

8d438825 7992 448d 9966 adc0cc1825483. Hasil lakonannya sebagai pekerja DanBam dalam Itaewon Class (2020), nama Ryu Kyung Soo makin dikenali oleh para peminat antarabangsa

c0d0cd34 69c3 42c6 a722 032df6526ac04. Pada tahun 2020 juga, dia diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pelakon utama dalam Lovestruck in the City (2020). Dia menjadi seorang novelis dalam drama siri ini

d2749919 2afc 4211 9071 01d64885d9135. Memegang watak antagonis, Kyung Soo berlakon sebagai pengurus yang juga merupakan pengikut ajaran sesat dalam drama siri Hellbound (2021)

e35ba5ec 2656 4358 b12e 8ce1a37cbb1b6. Kyung Soo turut diberi peluang untuk tampil bersama Ji Chang Wook dan muncul sebagai cameo dalam drama siri The Sound of Magic (2022)

f7187315 5958 401d abd6 da643f7705437. Dalam drama siri Glitch (2022), dia melakonkan watak sebagai seorang detektif yang sama-sama mencari kekasih Hong Ji Hyo (Jeon Yeo Bin)

8f7c44d4 5e85 4e76 8921 e155a64335d28. Berlakon bersama Lee Dong Wook, Kyung Soo membawa watak sebagai roh penjaga Gunung Timur dalam drama siri terbaru Tale of the Nine Tailed 1938 (2023)

d3eb530d 00f8 4ff6 8444 4778919b53e49. Family Gravesite (2023) menjadi drama siri kedua Kyung Soo tahun ini. Dia bakal bergabung sekalinlagi dengan Kim Hyun Joo sebagai saudara tiri

IMG 5831

Lakonan Ryu Kyung Soo dalam drama siri yang tersenarai di atas memang sangat luar biasa. Tentu anda tidak sabar untuk melihat penampilannya dalam Tale of the Nine Tailed 1938. Drama siri tersebut sudah ditayangkan pada 6 Mei lalu!

Baca Lagi: Tale Of The Nine Tailed 1938 Pecah Rekod Penonton

Baca Juga: Black Night Kim Woo Bin Tayang Serentak 12 Mei