Home K - Pop Yang Se Chan Dan Yang Se Hyung ‘dibahan’ Ahli Running Man

Yang Se Chan Dan Yang Se Hyung ‘dibahan’ Ahli Running Man

0

Yang Se Chan menceritakan tentang saluran YouTubenya di dalam episod terbaru ‘Running Man”!

Adik beradik pelawak Yang Se Chan dan Yang Se Hyung telah membuat satu saluran Youtube pada dua bulan yang lepas, dan pada 9 Disember (episod Running Man), Yoo Jae Suk berkongsi tentang Youtube adik-beradik itu telah disalah kategorikan sebagai ‘content’ kanak-kanak oleh YouTube.

1 9

Kim Jong Kook ketawa ketika dia memberi komen, “Mereka (pihak Youtube) melihat sekilas dan fikir ia adalah persembahan anak-anak.”

HaHa menambah, “Komputer secara automatik mengkategorikan [saluran] secara sendiri, dan disebabkan [saluran mereka] diklasifikasikan sebagai saluran kanak-kanak, orang ramai tidak bebas untuk meninggalkan komen.”

Kemudian Yang Se Chan mengesahkan, “Komen di YouTubenya itu benar-benar disekat. ”

Terkejut dengan cerita itu, Lee Kwang Soo bertanya, “Anda berdua sedang bermain biliard, tetapi anda dikategorikan sebagai kandungan anak-anak?” Yang Se Chan berkata, “Hanya V-log sahaja,” menarik ketawa dari pemain Running Man.

Dah baca jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik. Terima kasih

Sumber: allkpop