Home K - Pop Kim Woo Bin Bergabung Dibawah Agensi Yang Sama Dengan Teman Wanitanya, Shin...

Kim Woo Bin Bergabung Dibawah Agensi Yang Sama Dengan Teman Wanitanya, Shin Min Ah.

0

Kim Woo Bin telah menyertai dibawah agensi yang sama dengan teman wanitanya, Shin Min Ah dimana dia telah menandatangani dengan agensi AM Entertainment.

Kim Woo Bin secara rasmi keluar dari SidusHQ pada 3 Januari lalu,

Pada 10 Februari, AM Entertainment mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Kim Woo Bin.

“Di masa akan datang, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong bukan sahaja drama dan filem Kim Woo Bin, tetapi juga semua aktiviti dan promosinya . Kami meminta anda untuk memberikan sokongan dan perhatian untuk usaha masa depannya.” – AM Entertainment

Agensi itu akan berterusan memberi sokongan kepada Kim Woo Bin untuk sebarang aktiviti yang dilakukannya pada masa akan datang.

91

Pada masa ini, Kim Woo Bin sedang menyiapkan diri untuk filem “comebacknya” bersama pengarah Choi Dong Hoon. Barisan pelakon untuk filem yang akan datang ini adalah So Ji Sub, Ryu Jun Yeol, Kim Tae Ri, Lee Ha Nui, Jo Woo Jin, Kim Ui Sung, dan Yeom Jung Ah, semua ini disahkan akan turut serta untuk berlakon bagi menjayakan filem ini.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Soompi/Allkpop