Home Entertainment Running Man Nak Buat Parodi ‘Squid Game’ Untuk Episod Terbaru

Running Man Nak Buat Parodi ‘Squid Game’ Untuk Episod Terbaru

0

Minggu depan, SBS akan siarkan episod terbaru ‘Running Man’ yang tak ketinggalan untuk turut terjebak dengan permainan ‘Squid Game’.

Umum mengetahui bahawa ‘Squid Game’ ini merupakan siri hit Netflix mengenai permainan survival misteri dengan hadiah 45.6 bilion won (hampir RM 160 juta), mengungguli carta Netflix dengan kedudukan No.1 di 90 buah negara di seluruh dunia.

Lapor portal Soompi, versi parodi ‘Running Man’ini berjudul ‘Webfoot Octopus Game’.

Seperti ‘Squid Game’, semuanya bermula bila para ahli menerima undangan misteri untuk sertai permainan yang menjanjikan dapat mengubah hidup mereka.

Kemudian, para peserta ‘terbangun’ dalam baju sukan berwarna hijau ikonik itu dan kena main permainan kanak-kanak untuk memenangi hadiah wang tunai. Nampak macam menjiwai betul ni. Siapa kalah, akan dibawa keluar dan tak tahulah apa nasib mereka.

Episod ‘Running Man’ ini akan ditayangkan pada 17 Oktober.