Khabar angin bertiup kencang mengatakan salah seorang anggota BLACKPINK iaitu Jisoo sedang menjalin hubungan dengan seorang pemain sepak bola terkenal Korea Selatan, Son Heung Min.

Sebagai tindak balas kepada gosip tersebut, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara artis naungannya, Jisoo BLACKPINK dan bintang sepak bola Son Heung Min.

Kenyataan pihak YG Entertainment berbunyi, “Kami ingin jelaskan bahawa semua gosip cinta berkait dengan Jisoo BLACKPINK adalah tidak benar.”

“Agensi kami telah memantau situasi ini dengan cermat. Namun, desas-desus ini telah tersebar luas termasuk di kalangan peminat antarabangsa. Kami pasti kenyataan ini sudah menjelaskan situasi sebenar.

Sebagai penutup, pihak agensi memohon agar berhenti menyebarkan khabar angin dan spekulasi yang tidak benar.

“Tolong hentikan penyebaran berita palsu dan tidak berasas,” katanya.

Khabar hubungan antara Jisoo BLACKPINK dan Son Heung Min pertama kali muncul pada September 2019 lalu.

Bermula ketika Jisoo pergi menonton salah satu pertandingan sepak bola di England dan beberapa orang menuduh kedua bintang itu memakai gelang sama.

Khabar itu sekali lagi berbangkit setelah Jisoo dan Son Heung Min terbang ke Korea dari Perancis pada hari yang sama.

Son Heung Min merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Korea Selatan yang kini bermain dalam sebuah kelab bola sepak bernama Tottenham Hotspur.

Dan terkini Jisoo BLACKPINK dikatakan sedang mempromosikan drama terbarunya berjudul Snowdrop, yang dijangka akan tayang pada akhir tahun ini.

 

Sumber: Koreaboo, Pikiran Rakyat

Previous article7 Trivia Menarik Tentang Anime Yang Anda Kena Tahu
Next articleRunning Man Nak Buat Parodi ‘Squid Game’ Untuk Episod Terbaru