Drama The Murky Stream akan menjadi projek sulung Rowoon pada tahun 2025. Drama bergenre sageuk ini dijadualkan mula ditayangkan pada 26 September 2025.
Kisahnya mengisahkan tiga individu daripada latar belakang berbeza, namun dipertemukan oleh satu misi yang sama, menegakkan keadilan. Berlatar era Dinasti Joseon, drama ini memaparkan zaman ketika undang-undang masih belum tertegak sepenuhnya dan manusia hidup dalam ketidakadilan.
Selain Rowoon, drama ini turut menampilkan gandingan pelakon ternama lain seperti Park Seo Ham dan Shin Ye Eun. Disney Plus Hotstar juga telah berkongsi cuplikan pertama watak Rowoon di media sosial, sekali gus meningkatkan keterujaan penonton.
Perjalanan Watak Jang Si Yool







Mengapa Rowoon Memilih Projek Ini
Rowoon berkongsi bahawa faktor utama beliau menerima tawaran drama ini adalah kerana terasa energi yang luar biasa daripada watak Jang Si Yool. Menurutnya, Jang Si Yool ialah sosok yang memiliki tekad kuat, tidak mudah tunduk kepada dunia gelap, serta berani memperjuangkan keadilan walau berhadapan risiko.
Drama The Murky Stream akan memulakan tayangan perdananya pada 26 September 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bagaimana Rowoon menjiwai watak Jang Si Yool dalam perjalanan penuh liku menegakkan keadilan.








