Home Entertainment Rose BLACKPINK Dituduh Menggunakan Dadah

Rose BLACKPINK Dituduh Menggunakan Dadah

0

Rose BLACKPINK terpalit berita yang kurang enak apabila bintang itu telah dituduh dengan penyalahgunaan dadah selepas gambarnya yang sedang berada di majlis makan malam bersama Kang Dong Won dan juga bekas pengarah kreatif Burberry iaitu Riccardo Tisci tersebar.

YG Entertainment sudah mengeluarkan kenyataan dan bertegas akan mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang.

Jom sama-sama kita lihat kronologi lengkap tentang tuduhan penyalahgunaan dadah oleh Rose BLACKPINK:

fec2054a 3c40 4365 ab28 5461e7a7a8891. Rose BLACKPINK makan malam bersama pereka fesyen terkenal Eva Chun Chow
Kontroversi ini bermula sewaktu bekas pengarah kreatif Burberry iaitu Riccardo Tisci, berkongsi sebuah hantaran yang menunjukkan beberapa keping gambar di laman Instagram pada Selasa, 11 April 2023 yang lalu. Hantarannya tersebut juga menunjukkan tetamu-tetamu yang hadir ke majlis makan malam di rumah pereka fesyen Eva Chow. Gambar-gambar tersebut turut menunjukkan kehadiran Rose BLACKPINK dan juga pelakon Kang Dong Won. Kedua-duanya duduk sebelah menyebelah dekat sebuah meja yang dipenuhi dengan minuman.

9a668874 68d2 418d a6e8 dfa30b4bc4eb

2. Rose dituduh menggunakan dadah
Kerana gambar tersebut, isu Rose sedang bercinta dengan pelakon Kang Dong Won juga mula meledak di pelbagai media sosial. Selain itu, lebih mengejutkan apabila Rose turut dituduh menggunakan dadah. Tuduhan liar itu disebabkan meja yang agak dekat dengan Rose dan Kang Dong Won menunjukkan penampakan barang-barang yang menyerupai paraphernalia iaitu alat yang digunakan untuk mengambil ubat-ubatan . Tuduhan ini juga terus tersebar ke negara Cina hingga diberikan perhatian oleh media Sina Entertainment News pada 12 April.

Baca Lagi: 10 Pelakon Pertama Kali Dicalonkan Di Baeksang Arts Awards

cc27abee e07b 47f4 9779 1582f4febe57 1

3. Ramai peminat membela Rose
Mendapat tuduhan liar penggunaan dadah, para peminat Rose beramai-ramai membela idola mereka. Ada juga peminat yang berpendapat bahawa peralatan yang dianggap menjadi alat untuk mengambil dadah itu merupakan sebahagian dari struktur mejanya. Bukan hanya itu, salah seorang peminat juga turut mengirimkan e-mail kepada YG Entertainment untuk mengambil tindakan atas isu serius yang menimpa Rose.

a5bff53f 4627 43cb 9d6f 4f0647a9f21c4. Dibantah oleh YG Entertainment
YG Entertainment telah memberikan respon terhadap tuduhan tersebut pada hari Khamis, 13 April 2023. Melalui sebuah kenyataan rasmi, YG Entertainment menegaskan bahawa isu yang tersebar di sosial media tersebut merupakan palsu dan fitnah sama sekali.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar hak dan privasi artis kami. Kini, kami sedang memantau dan mengawasi mereka yang membuat serta menyebarkan khabar angin tersebut. Kami tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan yang tegas,” kata YG Entertainment seperti yang dikutip dari Naver.

ecdbe0a3 6321 43ed bfdb 8306e5dbb59a

5. Hantaran Riccardo Tisci sudah dipadam
Hantaran di laman Instagram Riccardo Tisci yang memicu kontroversi ini sudah pun dipadamkan. Walaupun begitu, akaun Instagram Riccardo dibanjiri oleh ramai peminat yang menuntut penjelasan.

Rose pula kini sedang sibuk dengan persiapan untuk tampil di Coachella bersama BLACKPINK pada 15 April yang akan datang. Pesanan buat para netizen, hati-hati jika menyebarkan maklumat! Jangan tersalah menjadi fitnah!

Baca Juga: 5 Pelakon Korea Yang Pernah Bersikap Biadap Dengan Pelakon Lain