Home K - Pop Sebaliknya, Pengawal Peribadi Rose Blackpink Yang Menjadi Tumpuan. Lihat Apa Yang Terjadi!

Sebaliknya, Pengawal Peribadi Rose Blackpink Yang Menjadi Tumpuan. Lihat Apa Yang Terjadi!

0

Pada 26 Januari 2020, Rosé BLACKPINK dilihat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dalam perjalanan ke Paris bagi jadual solonya.

Semasa dia menjadi tumpuan peminatnya, ada suatu perkara yang membuatkan peminatnya tertumpu ke arah lain apabila hal ini berlaku kepada pengawal peribadinya.

Terdapat beberapa sesi bergambar dan kemudian Rosé berjalan menuju ke pintu masuk lapangan terbang untuk satu lagi set bergambar. Dia diiringi oleh seorang pengawal peribadi yg ketika itu berada di sebelah nya.

2 13 1

Apabila Rose berdiri tepat di tengah-tengah pintu masuk, dia mula menggayakan dirinya di hadapan kamera. Manakala, di belakangnya terdapat seorang pengawal yang sama mengiringnya bagi memastikan kawasan itu selamat. Walhal, semasa dia terlalu tertumpu kepada tugasnya, tanpa sedar kakinya telah tersadung lalu jatuh ke belakang. Pada mulanya ia kelihatan seolah-olah mengimbangi badannya sebelum terjatuh kerana pada waktu itu terdapat kamera di hadapannya.

Tidak lama selepas itu, Rose menyedari apa yang berlaku di belakangnya lalu menoleh bagi melihat apa yang sedang berlaku. Pada ketika itu, pengawalnya cuba untuk bangun dari tanah. Rose pada waktu itu kelihatan seperti mahu menolong dan ingin bergerak bagi memberi bantuan tetapi pengawalnya sudah separuh berdiri dan sedang mengambil telefon.

Lalu Rose berpaling ke arah kamera semula dimana pada awalnya ada sedikit senyuman di wajahnya dan kemudian fokus kembali pada tugas dia. Rose dengan segera membuat reaksi muka seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Berikut adalah video yang diambil yang menampakkan pengawal peribadinya tersandung.

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Koreaboo