Home K - Pop Jooheon Monsta X Memberitahu Tentang Keadaan Mentalnya Kepada Peminat

Jooheon Monsta X Memberitahu Tentang Keadaan Mentalnya Kepada Peminat

0

9c62fa491c9e44d08556616df3de8c58

Jooheon Monsta X memberitahu peminatnya tentang kemajuannya dalam rawatan kesihatan mentalnya.

Pada 27 Januari 2020, selepas hiatus secara rasmi pada dua minggu lepas, Jooheon mengatakan sedang mengalami masa sulit melalui surat yang dituliskan kepada peminat (Monbebe) melalui fancafe Monsta X.

Monbebes, ini Jooheon yang sayang kepada Monbebe. Sebenarnya, saya banyak berfikir adakah saya patut menulis surat ini ataupun tidak. Sekarang mental saya sangat lemah dan saya sedang mengalami masa-masa sulit” tulis Jooheon.

Artis lelaki itu juga memberitahu yang dirinya sedang berusaha keras untuk pulih. Jooheon masih mengambil ubat-ubatan dan berdoa di dalam ruangan yang gelap sambil menangis suapaya satu hari nanti dia boleh kembali dengan imej yang lebih baik dan sihat di hadapan Monbebes.

Di samping itu, Monsta X akan meneruskan promosi mereka tanpa Jooheon.

Dah baca? Jangan lupa tekan like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih

Sumber: Allkpop