Home Entertainment Revenant – 7 Misteri Yang Wajib Dirungkai Sebelum Episod Akhir

Revenant – 7 Misteri Yang Wajib Dirungkai Sebelum Episod Akhir

0

Drama siri Korea Selatan yang sedang hangat kini iaitu Revenant (2023) tidak lama lagi akan menamatkan seluruh episod, telah dijadualkan pada Sabtu iaitu 29 Julai 2023 adalah episod finale untuk drama siri yang penuh misteri ini.

Berbaki empat episod sahaja lagi, terlalu banyak misteri masih terasa mengganggu fikiran dan belum menemui jawapan yang jelas dan pasti. Anda rasa apakah pertanyaan dan persoalan yang perlu diberikan jawapan pada episod akhir Revenant nanti ya?

IMG 3427

Berikut ini adalah senarai misteri dan setiap persoalan yang wajib dirungkaikan pada pengakhiran drama siri Revenant. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah:

1. Ayah Gu San Yeong dan ibu Yeom Hae Sang pernah mencuba dan berusaha untuk memusnahkan roh jahat, namun gagal. Kita masih belum mengetahui alasan di sebalik kegagalan tersebut

IMG 7036
2. Masih terdapat dua benda yang belum ditemui agar pengusiran roh jahat menjadi sempurna, iaitu hiasan rambut batu dan botol kaca. Di manakah tempat mereka akan menemukan dua alatan tersebut?

Revenant
3. Apakah yang akan dilakukan oleh Yeom Hae Sang (Oh Jung-se) dan Gu San Yeong (Kim Tae-ri) ketika menemui lokasi tertanamnya hiasan rambut dan botol kaca tersebut?

IMG 7041
4. Adakah roh jahat tersebut akan terlebih dahulu membunuh Yeom Hae Sang dan Gu San Yeong sama seperti ketika orang tua mereka kehilangan nyawa?

IMG 7040
5. Ramai peminat membuat teori bahawa usaha pengusiran roh jahat kali ini akan berjaya dengan persiapan yang lebih hebat dan kolaborasi mengagumkan dari kedua-dua mereka. Adakah mereka benar-benar akan berjaya?

IMG 7042
6. Gu San Yeong makin mendapat kefahaman mengenai keadaan dirinya. Pengakhiran drama ini diharap boleh menjawab mengapakah panca indera keenam San Yeong makin hari menjadi makin kuat

797b3bd9 d1d5 40a1 b679 402aa85a6ca5
7. Selain itu, penonton juga menantikan bagaimanakah penyakit mata Gu San Yeong. Adakah dia akan tergoda untuk mengikut roh jahat seperti ayahnya?

c992cfd2 4011 480d 8bcc 0b8f6bbaf895 1
Memang tidak dinafikan ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan pengakhiran kisah tentang pengusiran dan pemusnahan roh jahat yang dilakukan oleh Gu San Yeong dan Yeom Hae Sang. Jadi, jangan lupa untuk temukan jawapannya pada episod akan datang ya!

Baca lagi: 10 Fakta Kampung Jangjin-ri, Asal-Usul Roh Jahat Dalam “Revenat”, Wujud Sejak 600 Tahun Lalu
Baca juga: Bagaimanakah Nasib Detektif Seo Dalam Revenant Episod 9? Adakah Dia Selamat?