Home Entertainment Recap dan Ramalan The Good Bad Mother Menjelang Episod Akhir 8 Jun...

Recap dan Ramalan The Good Bad Mother Menjelang Episod Akhir 8 Jun Ini

0

The Good Bad Mother (Bahasa Korea: 나쁜엄마) merupakan sebuah drama bersiri “Slice of Life” dengan tema kekeluargaan, romantik, komedi yang menggambarkan hubungan kekeluargaan yang rumit yang dipenuhi dengan persengketaan dan ketegangan.

Dibintangi oleh Ra Mi-ran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin. Ia telah ditayangkan di JTBC pada 26 April 2023, dan disiarkan setiap Rabu dan Khamis pukul 22:30 (KST). Ia juga tersedia untuk penstriman di Netflix di kawasan terpilih.

Selain Ra Mi-ran, Lee Do-hyun dan Ahn Eun-jin, The Good Bad Mother ini juga dibintangi sejumlah barisan pelakon baru lainnya termasuk Yoo In-soo, Jung Woong-in, Choi Moo-sung, Seo Yi-sook, dan ramai lagi.

The good bad mother

Mi-ran kali terakhir dilihat membintangi “Klinik Dr. Park” pada 2022 sebagai Sa Mo-rim, Do-hyun membintangi dalam drama hit Netflix ”The Glory 1 &2” sebagai Joo Yeo-jung dan pada 2021 “Melancholia sebagai Baek Seung-yoo. Sementara itu, Eun-jin kali terakhir dilihat dalam drama “The One and Onlypada 2021 sebagai Pyo In-sook, dan In-soo ialah Park Dang-gu dalam “Alchemy of Souls”.

PLOT THE GOOD BAD MOTHER

“The Good Bad Mother” mengisahkan Young-soon dan anaknya Kang-ho yang berkongsi hubungan yang penuh konflik antara satu sama lain kerama didikan keibubapaannya yang tegas ketika dia masih kecil.

IMG 9876 e1686185645938

Kini setelah dewasa, Kang-ho ialah seorang pendakwa raya yang berhati dingin yang memilih untuk menjauhkan diri daripada ibunya dan tinggal di bandar.

IMG 9883

Namun apabila tragedi melanda sehingga menyebabkan dia amnesia dan mempunyai sikap serta identiti seperti seorang kanak-kanak, Kang-ho terpaksa pulang ke kampung.

IMG 9877

Di kampung itu, Kang-ho mendapat nafas baru dalam kehidupan dan membina semula hubungannya dengan ibunya serta rakan zaman kanak-kanaknya Mi-joo.

IMG 9879

The Good Bad Mother Episod 14 Tarikh dan Masa Tayangan

Siri ini mempunyai 14 episod, disiarkan dari 26 April hingga 8 Jun 2023. Episod 14 akan disiarkan pada 8 Jun jam 11.10 malam di platform striming Netflix.

Recap Episod 13

Kang-ho cuba mengumpulkan semua bukti yang berlaku selepas kemalangannya manakala Mi-joo dan Sam-sik menculik Ha-young dari hospital. Kang-ho akhirnya mengaku perasaannya yang sebenar terhadap Mi-joo, dan akhitnya mereka kembali bersama. Selepas berbulan-bulan merancang dan menunggu, Kang-ho akhirnya berhadapan dengan Oh Tae-soo, musuh hakikinya untuk menuntut keadilan dan dendam yang dia pendam selama ini.

Ramalan Episod 14 (Akhir)

Semua impian Kang-ho dan Young-soon nampaknya menjadi kenyataan apabila siri ini akan berakhir. Kang-ho berjaya membawa pembunuh bapanya ke muka pengadilan dan menyambung semula kedudukannya di pejabat pendakwa raya. Hubungannya dengan Mi-joo juga akhirnya menjadi rasmi kerana Young-soon juga menerimanya. Namun, dengan kesihatan ibunya yang semakin merosot, berapa lamakah dia akan bersama Young-soon sebelum dia perlu mengucapkan selamat tinggal?

Pastikan anda tidak lupa untuk menonton episod akhirnya malam ini ya!

Baca Lagi: 13 Kdrama Yoo In Soo, Tukang Onar Di “The Good Bad Mother”

Baca Juga: “The Uncanny Counter 2”, “Sam Shik” Juga Ada