Home Kdrama/Kmovie 5 Cadangan Filem Seram Korea Agak Underrated, Mungkin Sesuai Untuk Anda

5 Cadangan Filem Seram Korea Agak Underrated, Mungkin Sesuai Untuk Anda

0

Industri filem Korea berjaya menampilkan banyak filem seram Korea baru yang menarik, di antara kebanyakan filem dibawah ini. Mungkin terdapat beberapa buah filem seram yang agak underrated yang belum pernah anda tonton.

Berikut dibawah ini adalah lima buah cadangan filem seram Korea Selatan yang mungkin belum pernah anda tonton namun perlu anda terokai jika anda adalah peminat filem seram! Jom kita lihat sinopsis ringkas dibawah ya!

 

Chabak

4b062931 ab18 43ae 91f7 7ce16ae6e50eBagi anda yang meminati filem seram dengan tema pembunuh bertopeng, filem ini mungkin akan menjadi pilihan yang menarik untuk anda. Kisah dimulakan semasa sepasang merpati dua sejoli meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan berkhemah di wilayah pegunungan terpencil. Namun, malam itu berubah menjadi ngeri apabila seorang pembunuh bertopeng mula mengganggu mereka di kegelapan malam.

 

Sleep

c833933a 3eba 4e52 bc5f 5d7b3e7cb103Filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang mengalami gangguan tidur yang mengerikan selepas si isteri disahkan hamil. Gangguan tidur tersebut membawa mereka pada misteri yang menakutkan apabila si suami sering melakukan perkara aneh semasa tidur tanpa menyedarinya dan sekaligus membuatkan isterinya menjadi bimbang dan ketakutan.

 

Dr Cheon and Lost Talisman

00cf4522 1cf6 404e 9033 a2505d20a458Dalam filem ini, seorang lelaki bernama Doktor Cheon bersama pembantunya menyamar sebagai pengusir hantu yang hebat. Mereka melakukan perjalanan untuk memburu hantu demi duit, namun mereka terlibat dalam peristiwa mengerikan ketika mereka bertemu dengan seorang wanita misteri yang memiliki kebolehan untuk melihat hantu.

Baca juga: 3 Filem Seram Korea Ini Dikatakan Antara Yang Paling Mengerikan, Benarkah?

The Ghost Station

Filem seramFilem ini dibuka dengan kisah yang mengambil latar di sebuah stesen keretapi yang ‘keras’ di Korea. Dengan berlaku banyak kes bunuh diri yang terjadi di stesen tersebut, seorang wartawan bernama Nayong mula melakukan penyiasatan yang mengungkap fakta mengerikan yang mengancam nyawanya sendiri.

 

Mount Chiak

Filem seram koreaMengangkat kisah penemuan mayat-mayat yang dipotong di wilayah pegunungan Ciatan, filem seram Korea ini menampilkan misteri yang belum dibongkar selama puluhan tahun. Ketika sekumpulan pemuda melakukan perjalanan ke wilayah tersebut, mereka menjadi target serangan sosok misteri yang menampilkan kengerian di dalam hutan.

Suasana tegang, misteri, dan kengerian menjadi intipati dalam filem-filem seram Korea ini. Jika anda mencari pengalaman menonton yang baru, maka filem-filem yang disenaraikan di atas ini mungkin sesuai untuk ditonton.

Baca lagi: Filem Korea Dengan Rating Boleh Tahan, Sudahkah Anda Menonton 10 Filem Korea 2023 Ini?
Baca juga: 5 Filem Korea Komedi Romantik Sangat Berkualiti, Mungkin Anda Belum Tonton