Home Entertainment Ravi Mengundurkan Diri Dari VIXX

Ravi Mengundurkan Diri Dari VIXX

0

Khabar kurang enak sekali lagi menimpa Ravi VIXX. Dikutip dari portal Koreaboo, Ravi memutuskan untuk mengundurkan diri dari kumpulan yang telah menjulang namanya iaitu VIXX.

Kenyataan tersebut telah dilepaskan melalui fancafe rasmi Jellyfish Entertainment. Sebelum ini Ravi juga telah terbukti menggunakan broker untuk latihan wajib ketenteraan.

6388c264 00c0 4eb7 b70c 600295279c051. Ravi VIXX keluar dari 2D1N pada Mei 2022
Melalui siaran V Live, Ravi mengumumkan akan mengundurkan diri dari 2D1N musim ke 4. Berita tersebut disampaikan pada 21 April 2022. Episod terakhir yang menayangkan Ravi ke udara pada 1 Mei 2022, bersamaan dengan hari pelancaran single barunya waktu itu iaitu “Goodbye” (2022). Alasan Ravi menarik diri adalah untuk menjalani latihan wajib ketenteraan.

e7538529 866e 4de2 8ff5 92ddbcc704c92. Ravi mula menjalani latihan wajib ketenteraan sejak bulan Oktober 2022
Ravi menjalani latihan wajib ketenteraan sebagai pegawai perkhidmatan awam sejak bulan Oktober 2022. Menurut laporan surat doktor, selebriti itu telah didiagnos menderita gangguan mental dan serangan panik yang teruk. Sehingga saat ini, Ravi masih menjalani latihan wajib ketenteraan di persatuan tersebut.

Baca Lagi: 9 Pelakon Yang Membawa Watak Ibu Dengan Berkesan Dalam Kdrama 2023

f0413ff0 e7f4 4609 8b2b 5f0601905af93. Pada Januari 2023, Ravi dituduh terlibat dengan rasuah untuk menghindari latihan wajib ketenteraan
Pada Januari 2023, tersiar berita bahawa Ravi telah menggunakan perkhidmatan broker dan terlibat dengan rasuah untuk menghindari latihan wajib ketenteraan. Pada hari yang sama, GROOVL1N iaitu agensi Ravi telah mengeluarkan kenyataan dan berusaha mencari kebenaran tentang tuduhan tersebut. Menurut laporan, ciri-ciri rapper yang disebutkan mirip dengan Ravi. Rapper tersebut mengundurkan diri dari variety show pada Mei 2022 untuk hadir latihan wajib ketenteraan, kebetulan yang sama apabila Ravi memang menarik diri dari rancangan 2D1N untuk menjalani latihan wajib ketenteraan pada Oktober lalu.

0821e032 2ed1 436a a5a9 fd4958e8541c4. Terbukti gunakan khidmat broker, Ravi disiasat tanpa penahanan
Dikutip dari portal Soompi, Ravi mengaku bahawa dirinya menggunakan khidmat broker. Ravi mengakuinya sewaktu menjalani siasatan di Mahkamah Daerah Selatan Seoul.
Walaupun begitu, ketua hakim Kim Ji Sook dari Mahkamah Daerah Selatan Seoul mengatakan bahawa surat penahanan Ravi tidak diproses kerana dakwaan tersebut tidak serius. Lebih-lebih lagi, Ravi telah mengakui kesalahannya.

ab84e184 c406 4119 af12 9d73a18675625. Ravi mengundurkan diri dari VIXX pada April 2023
Melalui fancafe rasminya, agensi Jellyfish Entertainment mengumumkan bahawa Ravi berundur dari VIXX. Berita tersebut dikongsikan pada Selasa, 11 April 2023 dan dikutip melalui portal Koreaboo.

“Hello, ini Jellyfish Entertainment.
Kami ingin berterima kasih kepada para peminat yang menyokong VIXX dan ingin menyampaikan berita tentang pengunduran Ravi dari kumpulan ini. Ravi memutuskan untuk meninggalkan kumpulan VIXX hari ini setelah melalui sebuah perbincangan yang panjang bersama pihak syarikat. Kami ingin meminta maaf berhubung masalah ini kepada semua peminat yang menyokong VIXX.”

Ravi sudah keluar dari Jellyfish Entertainment sejak 24 Mei 2019, tetapi dia masih melakukan aktiviti rasmi sebagai ahli kumpulan VIXX walaupun dia sudah berada di bawah naungan GROOVL1N.

8fe74afc 1c74 4b60 97ae da6d838675ac6. Ravi masih menjalani siasatan tentang perkhidmatan broker
Dikutip dari portal Koreaboo, siasatan mengenai broker untuk latihan wajib ketenteraan yang menyeret Ravi masih berlanjutan. Dokumen mengenai Ravi yang menggunakan perkhidmatan broker sudah ditemui di kediaman broker tersebut.
Jika semua tuduhan menjurus kepada Ravi bersalah, maka kemungkinan besar dia akan dihukum penjara selama dua tahun.

Semoga masalah yang menimpa Ravi segera selesai, dan kejadian yang seperti ini tidak berlaku lagi di masa depan!

Baca Juga: 10 Kdrama Yang Pernah Dibintangi Oleh Yoon Bora