Home Entertainment 10 Kdrama Yang Pernah Dibintangi Oleh Yoon Bora

10 Kdrama Yang Pernah Dibintangi Oleh Yoon Bora

0

10 Kdrama yang pernah dibintangi oleh Yoon Bora dan pelakon ini membuat comeback dalam Paper Moon dan Dr. Romantic 3!

E4587422 166A 4AD2 A7C8 D9920171F657

Yoon Bora adalah salah seorang anggota kumpulan muzik popular iaitu Sistar yang berjaya dan juga cemerlang sebagai seorang bintang idol, Yoon Bora juga mula mencuba nasib dan terjun ke dunia seni lakon. Yoon Bora pertama kali membuat debut lakonannya melalui drama siri medikal yang
berjudul Doctor Stranger (2014). Pada tahun 2023 ini, pelakon wanita yang kini berusia 33
tahun ini akan membuat comeback dalam dua drama siri Korea iaitu Paper Moon (2023)
dan juga Dr. Romantic 3 (2023).

Jom sama-sama kita lihat 10 drama siri Korea Selatan yang dibintangi oleh Yoon Bora. Sangat sesuai ditonton pada waktu lapang anda!

1. Sama-sama dianggap sebagai pembelot Korea Utara, Bora sudah menganggap Lee Jong Suk sebagai abangnya dalam drama siri Doctor Stranger (2014).

94B79747 CDAB 4AC9 B17C 2A29D7B61868
2. Yoon Bora menjadi remaja sekolah yang bermasalah dalam drama The Flatterer (2015). Pelakon ini bergandingan dengan Kwak Dong Yeon dan Lee Jae Jin.

04DC6455 E270 45BF 9CB2 5C107E67CA09
3. Turut sama membintangi drama siri High-End Crush (2015), Yoon Bora membawa watak sebagai bintang idola popular. Watak utamanya adalah Jung Il Woo dan Jin Se Yeon.

Baca Lagi: 9 Pasang Pelakon Wanita Korea Mempunyai Wajah Yang Sangat Mirip

001D8D5B 8659 4B33 94CF 5F2805700C30
4. Berlatarkan pulau Jeju, Yoon Bora digandingkan dengan pelakon kacak Kim Ji Suk dalam drama siri Irish Uppercut (2017). Dia menjadi malaikat maut!

A7846C23 4AF5 4DEA 8E6F ACC154147DD0
5. Yoon Bora adalah Jade Dragon yang berjaya menjadi artis kenamaan di bawah naungan agensi milik Cha Seung Won dalam drama siri A Korean Odyssey (2017.)

275F7B95 EB63 456A 8D81 43BD03EF0436
6. Tampil sebagai cameo, Yoon Bora menjadi seorang pesakit di Hospital Geosung dalam
drama siri Chocolate (2019). Kerjayanya adalah sebagai seorang YouTuber yang sangat popular!

710C6009 07C9 42FD B3BB A7A207437C5D
7. Yoon Bora yang tertekan dengan pekerjaannya memilih untuk berhenti kerja dan melakukan pengembaraan untuk menenangkan jiwa dalam drama siri Hip Up! Hit Up! (2021)!

12E70137 750B 4A84 8B7D AC7BF48F05CA
8. Yoon Bora melakonkan karakter Veronica iaitu seorang birawati di Hospital Morning Light dalam drama siri Only One Person (2021). Mengusung genre melodrama!

033A356B 8714 4F8D A5EC CC9960DE9B97
9. Setelah tampil dalam musim kedua, Yoon Bora akan kembali membawa watak sebagai
juru rawat unit kecemasan dalam drama siri Dr. Romantic 3 (2023). Squad RS Doldam!

AF990105 D14E 493D 989E 16ADA453046E
10. Disahkan akan membintangi drama siri Paper Moon (2023), Yoon Bora membawa watak sebagai pegawai bank yang tidak menyukai Kim Seo Hyung, tanpa sebarang alasan yang jelas.

3E7B0365 61E3 4BDE BA6D 14D356516BF8Baca Juga: Kenapa Lee Seung Gi & Lee Da In Tidak Dapat Berbulan Madu?