Home K - Pop Rancangan Cha Eunwoo Untuk Memberitahu Hasrat Cintanya Kepada Teman Wanita Seterusnya.

Rancangan Cha Eunwoo Untuk Memberitahu Hasrat Cintanya Kepada Teman Wanita Seterusnya.

0

Dia mempunyai rancangan yang sangat terperinci..

ASTRO, Cha Eunwoo sering dikatakan seorang artis yang ideal dalam rata-rata peminatnya. Tidak boleh disangkalkan lagi dan tertanya-tanya ciri-ciri ideal seperti apakah yang dia pulak inginkan.

Pada tahun 2017, sebelum ini Cha Eunwoo ada bercakap mengenai jenis idealnya dalam temu bual bersama CeCi.

Pada masa itu, Cha Eunwoo memilih seorang gadis yang mempunyai hobi yang sama dan seseorang yang membuatnya berasa selesa ketika mereka menghabiskan masa bersama-sama sebagai ciri idealnya.

99

Cha Eunwoo juga mendedahkan tempat yang pernah berjumpa secara tidak sengaja.

“Saya pernah mencari sebuah restoran yang popular apabila saya mendapati bahawa tempat tersebut mempunyai suasana yang baik dan juga boleh menampakkan Menara Namsan.” – Cha Eunwoo.

Dia kemudian memberitahu bahawa dia mempunyai rancangan untuk menggunakan tempat itu apabila dia ingin mengatakan cintanya kepada teman wanitanya nanti.

“Ia adalah tempat yang romantis dengan muzik yang bagus. Saya mahu makan di sana dengan seorang gadis dan kemudian memberikannya cincin atau rantai leher apabila saya ingin mengaku perasaan saya kepadanya.”– Cha Eunwoo.

Dah baca? Tolong like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima Kasih.

Sumber: Koreaboo