Home K - Pop Pernah Berlakon Drama Goblin, Pelakon Go Soo Jung Telah Hembuskan Nafas Terakhir

Pernah Berlakon Drama Goblin, Pelakon Go Soo Jung Telah Hembuskan Nafas Terakhir

0

Pada 12 Februari, Agensi Go Soo Jung, Story J Company mengumumkan berita sedih bahawa Go Soo Jung, 25 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Februari 2020 yang lalu dipercayai disebabkan penyakit yang dialaminya.

a 2

Pengebumian telah diadakan secara peribadi pada 9 Februari yang lalu dengan kehadiran ahli keluarganya.

Agensi itu juga memberi komentar, ” Kami akan terus mengingati pelakon Go Soo Jung, yang senyumannya boleh menyinari satu dunia. R.I.P.”

Go Soo Jung, yang lahir pada 24 April 1995, debut menerusi drama terkenal “Goblin” pada tahun 2016. Dia juga membintangi dalam “Solomon’s Perjury” dan dalam MV BTS “With Seoul.”

Capture 8

Kami turut bersedih dan simpati kepada orang yang dia sayangi.

 

Dah baca? Jangan lupa like share dan komen yang baik-baik. Terima kasih

Sumber: soompi