Pada 5 November lalu, Rain memuat naik dua keping gambar di laman Instagram. Dalam foto tersebut berserta kapsyen “Belajar rajin-rajin”.

Pelakon dan penyanyi itu duduk di meja studi lengkap dengan alat scan MRI dan beberapa buku medik atas meja. Kelihatannya sungguh serius dan fokus belajar.

https://www.instagram.com/p/CV4INqCBb8B

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya tidak sedikit yang dibius cinta dan beberapa netizen komen di fotonya, “Dr Rain ❤️’, “Anatomi bukan senang tu”, “Doc, saya perlukan defibrillator (sejenis alat untuk renjat jantung).

Rupa-rupanya Rain sedang buat persiapan untuk peranannya dalam drama akan datang tvN, ‘Ghost Doctor’.

Ghost Doctor merupakan drama perubatan fantasi tentang dua orang doktor yang tak jauh berbeza dari segi kemahiran atau personaliti mereka, tetapi akhirnya menggabungkan badan dan roh. Kisah yang menyentuh emosi ini memaparkan doktor hantu yang tidak boleh tinggalkan hospital dan pesakit mereka walaupun dah mati.

Sumber: [1], [2]

Previous articleFiksyen Tentang BTS Di Web Novel Wattpad Mengundang Pelbagai Reaksi Peminat
Next articleAnak Perempuan ‘Mr. Bean’ Ini Cun Melecun, Agak-Agak Ikut Muka Siapa?