Home Entertainment Fiksyen Tentang BTS Di Web Novel Wattpad Mengundang Pelbagai Reaksi Peminat

Fiksyen Tentang BTS Di Web Novel Wattpad Mengundang Pelbagai Reaksi Peminat

0

Bukan sekadar nyanyian, tarian dan lakonan, kini K-contents meluaskan lagi pengaruhnya menerusi platform penulisan fiksyen dan komik dalam talian.

Menurut Variety, Wattpad iaitu syarikat penyedia platform untuk komuniti penulis dan pembaca cereka bersetuju untuk diambil alih oleh syarikat internet konglomerat Korea, Naver yang merupakan induk Webtoon, sebuah laman komik digital terkenal.

Sekarang platform Webtoon dan Wattpad sedang berpakat untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat hiburan bagi buat cerita tentang artis K-pop, termasuk HYBE iaitu agensi pengurusan BTS.

Siri komik dan novel dalam talian itu dijangka akan dilancarkan pada 14 Januari 2022. Komik digital boleh dibaca di platform Webtoon manakala versi novel pula akan menyusul di Wattpad.

Fiksyen sulung dari HYBE bertajuk ‘7Fates: CHAKHO’ memaparkan BTS, mengisahkan tujuh orang pemuda yang ditakdirkan bertemu dan harungi dugaan sama-sama. Cerita ini bergenre fantasi berlatar masa depan, ambil inspirasi daripada cerita rakyat Korea, ‘Chakhogapsa’ iaitu pemburu harimau era Dinasti Joseon.

7 fates chakho with bts

Bila dengar je berita itu, beberapa mata helang peminat terus spot akaun rasmi HYBE di platform Wattpad.

Terdapat peminat yang bangkang dan terus buat trending “NOT WATTPAD” di Twitter.

Terdapat beberapa kebimbangan yang jejaka-jejaka itu mungkin akan jadi mangsa khayalan pelik-pelik oleh sesetengah penulis fanfiction.

Sumber: [1],[2],[3]