Home Anime Rahsia Di Sebalik Anime Bullet/Bullet, Perkongsian Eksklusif Bersama Park Sung Hoo

Rahsia Di Sebalik Anime Bullet/Bullet, Perkongsian Eksklusif Bersama Park Sung Hoo

0

Anime Bullet/Bullet, Dunia Analog, Aksi Mengejutkan dan Lagu yang Sarat Emosi!

Pada satu sesi perbualan santai dalam talian yang dianjurkan oleh Disney+ Hotstar, pengarah Korea Selatan terkenal yang juga merupakan projek anime asal pengarah Jujutsu Kaisen, Park Sung Hoo, berkongsi pelbagai kisah menarik mengenai anime terbaharunya berjudul Bullet/Bullet. Dalam tempoh kira-kira 13 minit, beliau mendedahkan butiran istimewa tentang pembikinan anime Bullet/bullet, dari dunia analog yang menjadi latar, hingga kerjasama unik dalam pembikinan runut bunyi.

Park memulakan sesi dengan senyuman mesra, dan menjawab semua soalan dalam Bahasa Inggeris dengan tenang dan penuh keyakinan. Berikut ialah antara intipati paling menarik yang dikongsikan sepanjang sesi tersebut:

1. Kota Gear dalam Anime Bullet/Bullet Bukan Dunia Digital, Tetapi Dunia Analog

Anime Bullet

Dalam anime Bullet/Bullet ini, latar utama berkisar di sebuah kawasan berpadang pasir yang kering-kontang, tempat tinggal watak utama bernama Gear. Peradaban telah runtuh, dan tidak semua penduduk yang masih hidup mampu menikmati kehidupan dengan selesa.

Menariknya, meskipun ceritanya berlatar masa hadapan, kota tersebut bukan dunia digital seperti yang sering digambarkan dalam cerita sains fiksyen moden.

“Kota tempat Gear tinggal adalah dunia analog, bukan digital. Oleh itu, kami cuba masukkan sebanyak mungkin unsur analog dalam reka bentuk visual dan persekitarannya,” ujar Park yang tampil kemas dengan topi, kaca mata dan baju polo berwarna hitam.

Rekaan ini mewujudkan suasana unik dan berbeza, menggabungkan elemen masa hadapan dengan sentuhan usang dan klasik yang jarang dilihat dalam anime bertemakan aksi dan distopia.

2. Aksi Kejar-Mengejar dan Tembak-Menembak Diarah oleh Dua Pengarah Berbeza

Bullet

Bagi mereka yang telah menonton anime Bullet/Bullet, pasti perasan betapa mendebarkan adegan kejar-mengejar kereta oleh pasukan Gear serta babak Noah menembak sambil menunggang motosikal.

Menurut Park Sung Hoo, babak-babak aksi tersebut melibatkan dua pengarah aksi berbeza yang mempunyai kepakaran masing-masing. Salah seorang daripadanya ialah Shin Misawa, yang dikenali menerusi karya Capeta dan Initial D.

“Secara teknikal, beliau sangat berbakat. Kami sangat bertuah dapat bekerjasama dengan pengarah aksi Misawa yang berjaya menggabungkan aksi kejar-mengejar sebenar dengan elemen animasi dalam satu babak yang sangat realistik,” jelas Park.

Bagi babak tembak-menembak yang melibatkan Noah, Park turut bekerja dengan Tetsurô Moronuki, pengarah aksi untuk anime terkenal Psycho-Pass.

“Untuk adegan Noah, kami bekerjasama dengan Moronuki, seorang animator utama yang juga pengarah aksi. Beliau benar-benar mahir dalam merancang babak tembak-menembak,” tambahnya.

Kepelbagaian pendekatan ini memberikan variasi visual yang lebih segar dan mendalam kepada babak-babak aksi dalam anime Bullet/Bullet.

3. Lagu Tema Dicipta Berdasarkan Emosi Pembaca Skrip, Bukan Adegan

0f6e0a7e 2f5c 4e26 a60c efc1a162f321

Satu lagi elemen unik dalam anime Bullet/Bullet ialah pendekatan luar biasa dalam penghasilan runut bunyi. Dua lagu utama anime ini, “WORK HARD” nyanyian Chanmina dan “Glass Door” oleh Newspeak, tidak dicipta untuk menyesuaikan babak tertentu.

Sebaliknya, kedua-dua penyanyi diberi skrip penuh anime tersebut dan diminta mencipta lagu yang mencerminkan perasaan mereka selepas membacanya.

“Kami tidak hasilkan lagu untuk babak-babak tertentu. Sebaliknya, kami beri mereka skrip dan biarkan mereka mengekspresikan emosi mereka dalam bentuk lagu. Kemudian, kami mentafsir semula adegan berdasarkan lagu tersebut,” jelas Park sambil tersenyum.

Pendekatan ini menghasilkan kombinasi sinematik dan muzik yang lebih peribadi serta mendalam, mencipta pengalaman tontonan yang lebih menyentuh emosi.

Apakah maksud Bullet/Bullet?

Bullet/Bullet ialah animasi net asal (ONA) yang dicipta oleh God of High School dan pengarah Jujutsu Kaisen Musim 1 Park Sung Hoo, diterbitkan oleh studio animasi Park sendiri, E&H Production (pemenang Anugerah Anime Asal Terbaik Crunchyroll 2025, Ninja Kamui) dan Gaga Corporation.

Bullet Bullet terletak di tanah gersang pasca apokaliptik futuristik di mana watak utama, Gear, penjudi Shirokuma dan robot Qu-0213 menjalankan perniagaan yang tertumpu pada memulangkan barang yang dicuri kepada pemiliknya.

Apabila seorang gadis bernama Noa datang ke tempat mereka meminta mereka mencuri sesuatu untuknya, kumpulan itu mendapati diri mereka terlibat dalam situasi yang berpotensi mengubah dunia seperti yang mereka tahu.

Pelakon utama Bullet/Bullet termasuk pelakon suara Armin Arlert Marina Inoue sebagai Gear; Kazuhiro Yamaji sebagai Shirokuma; tiga versi Qu-0213: Nosa-ane disuarakan oleh pelakon suara tsundere legenda Rie Kugimiya, Kau-ane disuarakan oleh Kana Hanazawa (“Angel”, Angel Beats), Naka-ani disuarakan oleh Tomokazu Seki (Gintoki, Gintama; Taro Sakamoto, Sakamoto Days) dan Ei-baba disuarakan oleh Ai Orikasa; manakala Noa disuarakan oleh Asami Seto (Chihaya Ayase, Chihayafuru).

Walaupun hanya mengambil masa sekitar 13 minit, sesi bersama Park Sung Hoo memberikan gambaran yang mendalam tentang proses kreatif di sebalik anime Bullet/Bullet. Anda boleh menonton lapan episod pertama anime ini mulai Rabu, 16 Julai 2025, secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Siri ini akan berlangsung selama 16 episod, dibahagikan kepada dua bahagian, dengan yang pertama tiba pada tarikh yang dinyatakan di atas. Bahagian kedua dijadualkan ditayangkan pada 13 Ogos.

Dengan gabungan dunia analog yang menentang arus, babak aksi mendebarkan dan muzik yang menyentuh perasaan, Bullet/Bullet menjanjikan pengalaman menonton yang unik dan tidak mudah dilupakan.

Baca lagi: Lee Jun Young Debut di Layar Perak Jepun: Cinta Pertama dalam Tokyo Taxi
Baca juga: Kalendar Lengkap Anime 2025, Sajian Harian Penuh Warna Sepanjang Minggu