Home Kdrama/Kmovie Drama Korea “Queen Mantis”, Kisah Ngeri Pembunuh Berantai yang Menggegarkan Netflix September Ini

“Queen Mantis”, Kisah Ngeri Pembunuh Berantai yang Menggegarkan Netflix September Ini

0

Queen Mantis ialah drama Korea hasil olahan semula daripada siri Perancis berjudul La Mante. Drama bergenre thriller ini diarahkan oleh Byun Young Joo dan ditulis oleh Lee Young Jong.

Drama ini mengisahkan tentang seorang pembunuh berantai yang dikenali sebagai The Mantis.

IMG 5207

Setelah berjaya ditangkap dan dipenjarakan, kehidupannya berubah apabila pihak polis meminta bantuannya untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan yang mempunyai corak sama seperti pembunuhan yang pernah dilakukannya.

Drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat Korea Selatan seperti Go Hyun Jung, Jang Dong Yoon, Cho Seong Ha, dan Lee El. Berikut ialah empat pelakon utama dalam Queen Mantis:

1. Go Hyun Jung

Mantis

Dalam Queen Mantis, Go Hyun Jung membawa watak Jung Yi Shin, seorang pembunuh berantai kejam yang digelar The Mantis. Dua puluh tahun lalu, dia membunuh lima lelaki secara brutal dan akhirnya dipenjarakan.

Namun, apabila muncul seorang pembunuh baru yang meniru cara The Mantis, pihak polis terpaksa meminta bantuan Jung Yi Shin untuk menyelesaikan kes tersebut. Lebih mengejutkan, dia akhirnya bekerjasama dengan anak lelakinya sendiri bagi menjejak pembunuh itu.

Go Hyun Jung dijangka memukau penonton dengan lakonan yang penuh intensiti, mengubah suara, tatapan, dan ekspresinya sehingga mencipta aura menggerunkan tetapi tetap memikat. Aktris kelahiran 2 Mac 1971 ini sememangnya sudah lama membuktikan bakatnya dalam dunia lakonan, termasuk dalam drama Namib (2024), Dear My Friends (2016), dan Queen Seon Deok (2009).

2. Jang Dong Yoon

Queen mantis

Jang Dong Yoon memegang watak Cha Soo Yeol, anak lelaki Jung Yi Shin yang terasing dan menjadi seorang detektif. Dia menyimpan kebencian mendalam terhadap ibunya sepanjang hidupnya. Namun, keadaan berubah apabila dia terpaksa bekerjasama dengan ibunya untuk menyelesaikan siri pembunuhan yang mirip dengan The Mantis.

Sejak debut pada tahun 2016 menerusi Women at a Game Company, aktor kelahiran 12 Julai 1992 ini semakin menyerlah dan kini tampil sebagai salah seorang teraju utama dalam Queen Mantis.

3. Cho Seong Ha

IMG 5205

Cho Seong Ha membawa watak Choi Jung Ho, ketua Unit Jenayah Keganasan di Kepolisian Wilayah Jeonnam. Sebagai salah seorang watak utama, beliau mengemudi perjalanan drama ini dengan kawalan emosi yang mantap.

Berpengalaman sejak 1997, Cho Seong Ha dikenali dengan pelbagai drama popular termasuk Agency (2023), Memorist (2020), dan Save Me (2017).

4. Lee El

IMG 5201

Lee El tampil sebagai Kim Na Hee, seorang detektif kanan yang bekerjasama rapat dengan Choi Jung Ho dan Cha Soo Yeol untuk menyiasat kes pembunuhan berantai tersebut.

Tahun 2025 menjadi tahun yang cukup produktif buat Lee El kerana selain Queen Mantis, beliau turut membintangi drama When the Stars Gossip, My Troublesome Star, dan Waiting for Gyeong Do.

Bila Tonton?

IMG 5204

Queen Mantis dijadualkan tayang perdana pada 5 September 2025, dengan 8 episod keseluruhan. Drama ini boleh ditonton di Netflix setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Bagi peminat drama thriller penuh misteri, jangan lepaskan peluang menyaksikan “Queen Mantis” yang bakal membuatkan anda terpaku dari episod pertama hingga akhir.

Baca lagi: 6 Filem Thriller Jenayah Original Netflix yang Penuh Misteri dan Kejutan
Baca juga: Tempest: Misi Rahsia, Konspirasi Politik dan Kebangkitan Pahlawan Misteri