Home Entertainment Punca Sylvester Stallone A.K.A Rambo dan Isteri Bercerai Tidak Masuk Akal?

Punca Sylvester Stallone A.K.A Rambo dan Isteri Bercerai Tidak Masuk Akal?

0

Pelakon veteran terkenal Sylvester Stallone menafikan bahawa punca penceraiannya dengan bekas isteri, Jennifer Flavin ialah disebabkan anjing peliharaannya.

Mereka mempunyai sebab yang tersendiri untuk berpisah dan bukanlah disebabkan anjing peliharaannya itu.

Menurut temu bualnya bersama TMZ, Stallone berkata bahawa mereka tidak memutuskan hubungan untuk perkara yang remeh seperti itu. Mereka hanya memilih untuk membawa haluan masing-masing.

1 1

Stallone di dalam temu bual itu mengatakan bahawa dia sangat menghormati bekas isterinya itu dan memberitahu bahawa Flavin seoarang wanita yang luar biasa dan paling baik yang dia pernah temui.

Namun, ada ura-ura mengatakan bahawa Flavin tidak bersetuju dengan keputusan Stallone yang ingin menambah seekor lagi anjing di rumah.

Baca lagi:  “Saya Nak Keluar Dari Syarikat Ini?” Kim Chung Ha Malas Sorok Perkara Sebenar

Baca lagi: Selepas Kejayaan ‘Extraordinary Attorney Woo’ Kang Tae Oh Berjaya Suruh Ibunya Melakukan Hal Ini

sylvester stallone jennifer flavin divorce 082422 5 c427d9e4a0ff4a44b023e87bc40bdb8d

Bagaimanapun perkara sebaliknya berlaku apabila Flavin mendakwa Stallone memindahkan aset daripada dana perkahwinan mereka yang dikongsi bersama menjadi punca perceraian mereka.

Walau bagaimanapun, salah seorang wakil Stallone itu menafikan dakwaan Flavin dan mengatakan bahawa semuanya dalam keadaan baik dan Stallong sangata menyayangi keluarganya.

Sumber: [1]