Home Entertainment Priyanka Chopra Bosan Dengan Permainan Kotor Bollywood

Priyanka Chopra Bosan Dengan Permainan Kotor Bollywood

0

Buat pertama kalinya pelakon wanita jelita kelahiran India iaitu Priyanka Chopra Jonas mendedahkan sebab mengapa dia meninggalkan Bollywood dan berhijrah ke Hollywood. Adakah kerana perkahwinannya dengan penyanyi kumpulan muzik Nick Jonas?

Priyanka Chopra Jonas adalah sebuah nama besar dalam dunia perfileman di negara India. Pelakon hebat dan serba boleh ini membuktikan bakatnya dihargai di seluruh dunia apabila dia berjaya bertapak di Hollywood sebagai salah seorang pelakon yang stabil dan mempunyai nama.

3D434DBA 5CC4 400A 8F28 F0840D039B08

Selepas Priyanka Chopra Jonas berjaya memberi inspirasi kepada ramai orang di India melalui lakonannya, selepas berjaya meraih kritikan positif dan pujian melambung mengenai bakat lakonannya dalam dunia perfileman Hindi, Priyanka Chopra Jonas membuat debut di Hollywood.

Baca Lagi: Selepas 22 tahun Priyanka Chopra Mendapat Bayaran Setimpal

Tahukah anda debutnya di Bollywood bukanlah dari dunia lakonan, tetapi dari dunia seni muzik. Isteri kepada Nick Jonas ini mmebuat debut dalam industri muzik pada tahun 2012 melalui single pertamanya yang berjudul In My City. Walaupun ramai yang menyangka kejayaan Priyanka Chopra Jonas mencipta nama dalam dunia Hollywood selepas menguasai Bollywood adalah satu perkembangan semulajadi dalam karier pelakon ini, ada juga yang salah sangka rupanya.

74CF3F34 B591 4075 964B CF80BA32D741

Dalam sebuah rancangan podcast terbaru, pelakon jelita itu mendedahkan bahawa penghijrahannya ke Hollywood merupakan atas sebab-sebab lain yang lebih mengejutkan. Priyanka Chopra Jonas mendedahkan bahawa dia kini berpangkalan di Hollywood kerana dia sudah muak dengan politik kotor dalam dunia Bollywood dan dia sememangnya bertegang urat dengan beberapa orang dalam industri.

2138A76A 7572 41A9 B29B DE4B22ADEC46

Dia sering tidak sefahaman dengan mereka-mereka yang gilakan kuasa dalam Bollywood dan dia mendakwa sering diperlakukan sesuka hati.

Berbicara dengan Dax Shepard dalam podcast yang dikenali sebagai Armchair Expert, Priyanka Chopra Jonas menyatakan bahawa dia berkongsi sebab musabab dia bertukar ke Hollywood.

Dalam bual bicara tersebut Priyanka Chopra Jonas berkata, “Saya tidak pernah bercerita tentang perkara ini, sekarang saya akan berkongsi tentang hal ini dengan anda semua kerana anda akan membuat saya rasa lebih selamat”.

16C0606D B95E 4560 9A15 066FD3AF6E51

“Saya disisihkan dalam industri (Bollywood). Ada orang yang tidak mahu ambil saya berlakon, saya bermasam muka dengan orang-orang tertentu, saya tidak pandai bermuka-muka dan saya tidak mampu meneruskan permainan seperti itu. Saya sangat penat dengan politik dalam Bollywood dan saya memang perlu berehat”.

Pelakon ini juga mendedahkan sewaktu fasa dia ditolak oleh Bollywood, Anjula Acharia (kini merupakan pengurus Priyanka Chopra Jonas) telah menghubunginya dan bertanya jika pelakon itu berminat untuk menyambung karier muzik di Hollywood. Anjula Acharia mendengar demo Priyanka Chopra Jonas dan berminat lantas terus menghubungi artis tersebut.

“Muzik telah memberi saya peluang untuk melihat dunia dengan lebih luas. Saya membuat keputusan untuk pergi ke Hollywood dan meneruskan kerjaya saya di sana.”

Laman Instagram rasmi Armchair Expert Podcast telah berkongsi beberapa imej bersama Priyanka Chopra Jonas dari sesi temubual tersebut.

Seperti yang kita semua ketahui, Priyanka Chopra Jonas tidak menyinar dalam dunia muzik sebaliknya dia terus mengecap nama popular dalam dunia lakonan. Pelakon ini mengukuhkan kedudukannya di Hollywood apabila berjaya membintangi siri saluran ABC iaitu Quantico.

Selepas mencipta nama di Hollywood, pelakon ini masih terlibat dengan beberapa filem Bollywood seperti Bajirao Mastani. Selain itu kehebatannya terserlah di Hollywood melalui beberapa buah filem hebat seperti The White Tiger, The Sky Is Pink, Baywatch, dan The Matrix Resurrections.

Priyanka Chopra Jonas bakal muncul dengan projek terbarunya iaitu filem Love Again, dan web siri bertajuk Citadel. Dia juga bakal muncul dalam projek terbaru Bollywood iaitu Jee Le Zaraa.

Baca Juga: 9 Watak Paling Manipulatif Dalam Kdrama Terbaru