Home News Plot Twist Strong Girl Nam Soon Episode 7-8, Banyak Perkara Mengejutkan

Plot Twist Strong Girl Nam Soon Episode 7-8, Banyak Perkara Mengejutkan

0

Drama siri Strong Girl Nam Soon menyajikan cerita yang ringan dan menarik pada setiap episod yang dipersembahkan.

Kisah yang membahaskan tentang Gang Nam Soon (Lee Yoo Mi) yang sangat kuat, berjaya mencuri perhatian. Tambahan pula, dalam setiap episod pasti ada babak kejutan!

Dalam episod 7 dan 8 Strong Girl Nam Soon ini mempunyai beberapa plot twist yang menggemparkan. Jom kita lihat 6 plot twist yang muncul di episod 7-8 drama siri Strong Girl Nam Soon berikut ini.

Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler.

 

1. Majlis kejutan sambutan hari lahir ayah Nam Soon

Strong girl nam soonDi episod 7, Hwang Geum Ju (Kim Jung Eun) mengadakan majlis keluarga di hotel miliknya yang dihadiri keluarga dan rakan rapat. Majlis tersebut ternyata untuk meraikan hari lahir Gang Bong Go (Lee Seung-joon). Prank yang dirancang Hwang Geum Ju untuk bekas suaminya itu sangat kejam dan mencuit hati!

 

2. Hwang Geum Dong adalah penggodam yang handal

1485ac07 296a 45cd a279 caa4cba8de29Bapa saudara Nam Soon ini selalu kelihatan lesu dan lemah. Namun dia ternyata adalah seorang penggodam yang hebat. Di episod sebelum ini, dia menulis novel romantik. Kali ini, Hwang Geum Dong (Kim Ki Doo) menunjukkan bakat sebagai penggodam yang handal. Dia menemui lokasi penipu deep fake yang menipu kekasih baru ibunya. Daebak!!

 

 

3. Bukan hanya luar biasa kuat, Nam Soon juga boleh menelan racun tanpa sebarang kecederaan

7f89acec c353 4826 a964 7777e0a3365c

Episod 8 membongkar keistimewaan lain yang dimiliki Nam Soon. Dia boleh menelan racun tanpa mengalami sebarang kesan sampingan. Sewaktu dia diracun di kelab Heritage, Nam Soon pada awalnya seperti menanggung kesakitan. Namun kemudian, dia kelihatan baik-baik sahaja. Buat saspen je kan?

 

 

4. Nam Soon menyamar menjadi hantu!

30a5d287 6d23 4b25 ae26 5ebc5902fc7c

Di episod 8, Nam Soon menyusup ke dalam pejabat Ryu Si O (Byeon Woo Seok) untuk mencari nama-nama pelanggan dadah yang dilindungi Doogo. Rakan detektif Kang Hee Sik (Ong Seong Wu) membayangkan gadis itu melakukan aksi hebat seperti dalam filem aksi. Namun tanpa dijangka, dia menyamar menjadi hantu dan mencuri komputer Ryu Si O.

 

5. Kebiasaan dingin, Ryu Si O tampak mesra dan selesa bersama Nam Soon

87a4a97e 0778 4300 a891 962773fbfff0Sebelum ini, penonton melihat aura Ryu Si O yang gelap, dingin, dan misteri. Namun aura tersebut seolah-olah hilang apabila lelaki itu rapat dengan Nam Soon. Dia tampak seperti ramah dan menyukai Nam Soon dan banyak tersenyum sewaktu melihat tingkah comel gadis itu.

 

6. Suami Gil Joong Gan kembali ke Korea

0e1e2026 fcf7 4e61 8f07 bf0e74930735Nenek Nam Soon telah 10 tahun terpisah dengan suaminya. Lelaki itu pergi meninggalkan rumah dan menghilang tanpa khabar berita. Gil Joong Gan (Kim Hae Sook) menjalin kasih dengan lelaki baru. Namun di akhir episod 8, suami Gil Joong Gan dikhabarkan pulang ke Korea Selatan.

Enam plot twist di atas berjaya menambah rencah menarik sewaktu menonton Strong Girl Nam Soon episod 7 dan 8. Babak-babak komedi juga membuatkan para penonton terhibur!

Saksikan episod seterusnya Sabtu dan Ahad, tonton hanya di Netflix ya!

Baca lagi: Strong Girl Nam Soon: Adakah Nam Soon dan Hee Sik Saling Menyukai?
Baca juga: 7 Perbezaan Lee Seung Joon dalam Behind Your Touch & Strong Girl Nam Soon, 2 Watak Kontra