Home Artis Korea 7 Perbezaan Lee Seung Joon dalam Behind Your Touch & Strong Girl...

7 Perbezaan Lee Seung Joon dalam Behind Your Touch & Strong Girl Nam Soon, 2 Watak Kontra

0

Dalam drama siri Behind Your Touch yang baru sahaja tamat tayangan pada awal bulan Oktober ini, Lee Seung-joon meninggalkan kesan yang mendalam melalui lakonannya sebagai watak antagonis yang dikenali sebagai Adun Cha Joo Man.

Sekarang ini, pelakon berbakat besar Lee Seung Joon kembali membuat kemunculan terbaru melalui penampilannya sebagai pelakon pembantu dalam drama JTBC terbaru iaitu Strong Girl Nam Soon.

Nampaknya Lee Seung Joon diberi kepercayaan untuk membawa watak protagonis sebagai Gang Bong Go iaitu ayah kandung kepada watak utama, Gang Nam Soon. Perwatakan dan sifat watak yang dibawanya sekarang adalah sangat berbeza dengan wataknya sebelum ini dalam Behind Your Touch.

Apakah perbezaan bagi kedua-dua watak yang dilakonkan oleh Lee Seung Joon? Baca selengkapnya di bawah ini!

 

 

12ab63d6 19ba 47d5 a4d2 dcedfaefb5241. Cha Joo Man adalah jenis lelaki yang kuat bekerja (workaholic), manakal Gang Bong Go pula banyak meluangkan masa untuk menjaga keluarga dan menguruskan anak-anaknya

 

Lee seung joon2. Gang Bong Go adalah seorang juru kamera dan juga merupakan seorang suami yang bertanggungjawab menjaga rumah tangga, manakala Cha Joo Man adalah seorang anggota dewan negeri dah ahli politik yang sangat berkarisma

 

3bcafda4 cfb0 4d38 886b 7eac3d8424e33. Cha Joo Man mempunyai sifat yang jahat, dia sangat tamakkan kuasa dan wang, sementara Gang Bong Go tidak mementingkan kedua-duanya

 

58999bc1 d5d4 4625 a843 a771dd7665074. Gang Bong Go diceritakan sebagai sosok lelaki yang submisif manakala Cha Joo Man digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat berwibawa

 

3a896727 50ca 4c84 a46e d1deebc0b4b75. Cha Joo Man pandai memanipulasi keadaan dengan kata-kata manisnya, manakala Gang Bong Go adalah seorang yang tulus dan suka bercakap perkara yang benar sahaja

 

ce30218a 58bc 468a a40c 0ab18838f49c6. Gang Bong Go digambarkan sebagai seorang lelaki yang penyayang, Cha Joo Man pula digambarkan sebagai lelaki yang kejam dan tidak teragak-agak untuk membunuh untuk menyingkirkan orang lain yang menghalang cita-citanya

 

3e018645 c3dd 4d41 8e60 aab6ae9b7c7e7. Cha Joo Man tampak seperti tidak pernah menyesali kejahatannya di masa lalu, sementara itu Gang Bong Go selalu menyesali kesalahannya dahulu yang cuai dan mengakibatkan anaknya hilang di Mongolia

Walau jarak tempoh tayangan kedua-dua drama siri ini adalah sangat dekat, Lee Seung Joon mampu melakonkan dua watak berbeza di atas dengan sangat baik.

Bagaimanakah pendapat anda tentang lakonan Lee Seung Joon dalam drama Behind Your Touch dan Strong Girl Nam Soon?

Baca lagi: Umur Sebenar 12 Pelakon Strong Girl Nam Soon, Mengejutkan
Baca juga: Strong Girl Nam Soon: 5 Fakta Watak Villain Ryu Shi Oh