Drama Korea bertema politik dan pilihan raya menawarkan kisah yang penuh dengan kisah permusuhan, konflik kuasa, serta strategi licik. Selain menghiburkan, drama-drama ini turut menyajikan realiti dunia politik yang sering kali diselubungi pengkhianatan, ketamakan, dan moral yang dipertikaikan.
Berikut adalah senarai drama Korea menarik yang mengupas sisi gelap dunia politik.
1. When The Phone Rings (2024)
Drama Korea ini mengisahkan Baek Sa Eon (Yoo Yeon Seok), jurucakap presiden yang menjalani perkahwinan kontrak dengan Hong Hae Joo (Chae Soo Bin), anak pemilik syarikat media terbesar. Langkah ini bertujuan membantu ayahnya menjadi calon presiden. Namun, krisis timbul apabila panggilan misteri mengancam untuk membunuh Hong Hae Joo, menjadikan kehidupan Sa Eon penuh dilema antara keluarga dan politik.
2. Queenmaker (2023)
Hwang Do Hee (Kim Hee Ae), seorang pengurus strategik, menyokong kempen Oh Kyung Sook (Moon So Ri), seorang peguam hak asasi manusia yang bercita-cita menjadi Datuk Bandar Seoul. Walaupun sering berselisih faham, mereka bekerjasama dalam memperjuangkan keadilan dan membawa perubahan politik.
3. Designated Survivor: 60 Days (2019)
Park Moo Jin (Ji Jin Hee), bekas profesor kimia, menjadi Presiden sementara selama 60 hari selepas ledakan besar membunuh Presiden dan pegawai tertinggi negara. Dalam keadaan tidak bersedia, Moo Jin berjuang untuk memimpin negara sambil mencari dalang di sebalik tragedi tersebut.
4. Chief of Staff (2019)
Kisah Jang Tae Jun (Lee Jung Jae), seorang pembantu politik yang bercita-cita tinggi, dan Kang Seon Yeong (Shin Min A), seorang ahli parlimen tahun pertama. Drama ini menggabungkan unsur politik dengan kisah romantis, mengungkap permainan kuasa di sebalik tabir politik negara.
5. My Fellow Citizen (2019)
Drama Korea ini mengisahkan Yang Jung Kook (Choi Si Won), seorang penipu profesional yang terpaksa bertanding sebagai ahli parlimen selepas diugut oleh Park Hoo Ja (Kim Min Jung). Penuh aksi dan lawak jenaka, drama ini menyerlahkan sisi gelap politik melalui plot yang tidak dijangka.
6. Lawless Lawyer (2018)
Bong Sang Pil (Lee Joon Gi), seorang peguam yang menggunakan kekuatan undang-undang dan penumbuknya untuk menentang korupsi. Berbekalkan dendam terhadap pembunuh ibunya, Sang Pil menumpaskan pihak yang menyalahgunakan kuasa, termasuk seorang hakim yang berkuasa di bandar tersebut.
Drama Korea bertema politik dan pilihan raya memberikan pandangan tajam terhadap cabaran serta sisi gelap dalam arena politik. Dengan naratif yang penuh emosi dan jalan cerita yang kompleks, drama-drama ini tidak hanya menghiburkan tetapi juga mencerminkan persoalan moral dan keadilan dalam dunia penuh kuasa.
Dari semua drama Korea diatas, yang mana telah anda tonton?