Home Kdrama/Kmovie Penuh Persaingan, 10 Drama Korea Tentang Impian Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-Anak

Penuh Persaingan, 10 Drama Korea Tentang Impian Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak-Anak

0

Pada umumnya drama Korea mengusung cerita yang diinspirasikan dari keadaan sosial di negara tersebut. Salah sebuah isu sosial yang sangat popular dikalangan masyarakat adalah persaingan dalam dunia pendidikan serta harapan yang tinggi dari ibu bapa.

Banyak drama Korea menceritakan tentang impian dan cita-cita ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka. Paling terbaru ialah drama Park Shin Hye dan Park Hyung Sik juga mengangkat isu tersebut. Sehingga plot cerita bukan sekadar kisah cinta di antara mereka.

Dibawah ini adalah pilihan beberapa buah drama Korea tentang cita-cita ibu bapa pada pendidikan anak-anak, drama yang sangat menarik untuk diikuti. Banyak pesanan moral didalam setiap penceritaan!

 

Drama korea

1. Menarik dan sering membuat penonton tertanya-tanya, Green Mother’s Club (2022) ialah tentang persaingan ibu-ibu serta cita-cita mereka terhadap anak-anak supaya mendapat tempat pertama di sekolah

 

2. Drama hits semasa ditayangkan! Sky Castle (2018) mengangkat konflik keluarga chaebol dan dunia pendidikan yang sangat kompetitif

 

3. High Class (2021) adalah drama Korea tentang harapan ibu bapa pada pendidikan anak-anak

 

4. Drama makjang ini muncul dalam 2 musim. The Penthouse (2020) juga mempersembahkan tentang tekanan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya

 

5. Anaknya menjadi mangsa buli, Angry Mom (2015) adalah drama Korea tentang cita-cita dan harapan ibu bapa pada pendidikan supaya tiada lagis isu buli. Sudah menonton?

 

6. Tentang kisah romantik dalam pendidikan, Melancholia (2021) juga menggambarkan tentang ibu bapa yang sanggup melakukan segala cara demi membantu anak-anak mereka

 

7. Jalani hidup yang sukar, ibu tunggal mendidik anaknya dengan keras dalam The Good Bad Mother (2023). Lakonan Lee Do Hyun meraih pujian!

 

8. At Eighteen (2019) adalah drama Korea tentang harapan ibu bapa terhadap pendidikan. Kisah tentang pelajar sekolah dan segala masalah mereka

 

9. Watak antagonis dalam Crash Course in Romance (2023) iaitu Bang Soo Ah mengalami tekanan yang hebat dari ibunya untuk dia menjadi pelajar terbaik

 

 

 

IMG 2923

10. Seterusnya adalah drama Korea Doctor Slump (2024). Tuntutan untuk berjaya dan sentiasa tampil bijak membuatkan Ha Neul mengalami tekanan perasaan dan kemurungan

Drama Korea tentang cita-cita dan harapan ibu bapa pada pendidikan anak-anak mereka tersebut mempunyai plot cerita yang sangat menarik. Selain terhibur, anda dapat menjelajah ke sisi lain di sebalik pendidikan di Korea Selatan. Anda juga boleh belajar cara pendidikan yang baik dan positif terhadap kesihatan mental. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 17 Pilihan Drama Korea Komedi dengan Lawak Pecah Perut, Menghiburkan
Baca juga: 22 Drama Korea Terbaik Dengan Rating Tertinggi 2023 Berdasarkan IMDb, Sudah Tonton Semua?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here