Home Entertainment Peminat Tuntut Pemohonan Maaf Dari Rolling Stone Korea Kepada Jisoo Selepas Menulis...

Peminat Tuntut Pemohonan Maaf Dari Rolling Stone Korea Kepada Jisoo Selepas Menulis Frasa ‘Murahan’ Ini!

0

Baru-baru ini peminat BLACKPINK menjadi marah selepas melihat artikel yang dikeluarkan oleh Rolling Stone Korea tentang ahli BLACKPINK iaitu Jisoo.

Rolling Stone Korea telah mengeluarkan artikel mengenai kumpulan global itu dan menimbulkan kemarahan peminat BLACKPINK selepas menulis bahawa Jisoo tidak mempunyai bakat yang luar biasa dalam kumpulan itu.

Penulis artikel majalah itu menulis, “Walaupun dia tidak memiliki bakat yang luar biasa, sama ada sebagai vokalis atau penari, pertumbuhannya kelihatan lebih ketara.”

FXZdnMlWQAYwSEj

Penulis itu menulis artikel itu dengan tujuan untuk memberi fokus kepada penyataan tentang pertumbuhan atau ‘improvement’ yang ditunjukkan oleh Jisoo selama ini, tetapi sebaliknya secara tidak sengaja telah membandingkan Jisoo dengan ahli yang lain, sekaligus telah merendahkan maruah Jisoo.

Oleh itu ramai peminat BLACKPINK telah menunjukkan kemarahan mereka ke sosial media seperti di Twitter, dengan harapan suara kemarahan mereka itu dapat didengari oleh Rolling Stone Korea.

FXZAdcvaUAANGgT

Ramai peminat menuntut agar majalah itu meminta maaf kepada Jisoo kerana mengeluarkan frasa ‘murahan’ itu.

Peminat terus menunjukkan sokongan mereka kepada Jisoo di pelbagai platform media sosial dan meninggalkan komen dengan meluahkan kemarahan mereka.

Baca lagi: GOT7 Jay B Bercinta Dengan Youtuber Tersohor, PURE.D

Baca lagi: Brad Pitt Akui Suka Menyendiri Gara-Gara Penyakit Pelik Ini

Sumber: [1]