Home Entertainment Netizen Terkejut Cara Idola K-Pop Mengadakan Panggilan Video Bersama Peminat, Sangat Memalukan!

Netizen Terkejut Cara Idola K-Pop Mengadakan Panggilan Video Bersama Peminat, Sangat Memalukan!

0

Kumpulan K-Pop mula mengadakan acara panggilan video bersama peminat ini sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia. Acara ini diadakan untuk menggantikan acara tanda tangan (fan sign).

Acara panggilan video membolehkan peminat dari seluruh dunia bersembang 1:1 dengan idola kegemaran mereka.

Tetapi netizen menegaskan bahawa sembang secara atas talian “1:1” ini tidak mempunyai sebarang bentuk privasi.

Contohnya, baru- baru ini WINNER telah mengadakan satu acara panggilan video bersama peminat. Kesemua ahli itu duduk di meja, berhadapan antara satu sama lain, tetapi di lokasi itu juga terdapat kakitangan lain yang berdiri berhampiran ahli WINNER.

1657482461 1

Kewujudan kakitangan disitu adalah untuk mengawal keadaan si idola bersama peminat. Tetapi, secara tidak langsung, panggilan video 1:1 ini langsung tidak mempunyai sebarang privasi.

Selain itu ialah kumpulan Seventeen. Semasa panggilan video bersama peminat berlangsung, akan terdapat seorang kakitangan yang duduk di hadapan setiap ahli.

Pelik kan?! Ini bermakna setiap perbualan antara ahli Seventeen dan peminat akan didengari oleh pihak ketiga iaitu kakitangan tersebut. Antara sebab mengapa kakitangan berada di hadapan mereka adalah untuk memberitahu idola bila panggilan akan bermula dan tamat.

1657482461 2

Netizen mengulas,

“Tiada privasi langsung”

“Saya yakin ahli WINNER akan gelak kalau mereka bertentang mata antara satu sama lain”

“Inilah sebabnya mengapa kadang-kadang, idola tak nak melakukan permintaan yang tidak masuk akal. Terdapat ramai orang yang sedang memerhatikan mereka”.

“Mereka kelihatan seperti telemarketer”.

Baca lagi: Peminat Tuntut Pemohonan Maaf Dari Rolling Stone Korea Kepada Jisoo Selepas Menulis Frasa ‘Murahan’ Ini!

Sumber: [1]