Sejak berita pembubaran kumpulan APRIL pada Jumaat 28 Januari yang lalu, Hyunjoo telah dikritik oleh peminat APRIL di akaun Instagram miliknya.

lee hyun joo april 29012022 thumbnail 780x470 1

Dia dituduh sebagai punca utama pembubaran kumpulan tersebut dan peminat APRIL menuntut penjelasan dan permohonan maaf darinya.

Seperti yang diketahui, APRIL telah terlibat dengan kontroversi buli. Hal ini bermula apabila bekas anggota APRIL, Hyunjoo telah tampil memberitahu bahawa dia telah dibuli oleh ahli kumpulan yang lain sejak tahun 2014 lagi.

031121 APRIL DSP Media

Oleh sebab kontroversi tersebut, akhirnya APRIL telah memutuskan untuk rehat dari sebarang aktiviti atau lebih dikenali sebagai ‘hiatus’.

Setelah lama berehat, peminat dikejutkan dengan berita pembubaran kumpulan tersebut dan peminat mula menyerang Hyunjoo di ruangan komen.

00408784s1

Lee Hyunjoo telah menghancurkan kehidupan enam orang,” ujar seorang netizen.

“Aku harap rasa sakit yang dialami enam anggota APRIL akan dirasakan oleh Hyunjoo nanti,”, “Bagi penjelasan anda sekarang!”, kata netizen yang lain.

“Lee Hyunjoo mesti tengah bahagia sekarang. Melihat orang-orang yang pernah bekerja denganmu akhirnya menjadi seperti ini..” kata netizen yang lain.

abc9c43e 97ca 4841 a097 c5a99c393e0b 44bd599f

Tidak puas dengan memberi komen pedas kepada Hyunjoo, peminat desak Hyunjoo beri penjelasan dan memohon maaf secara rasmi kepada APRIL.

Lee Hyunjoo yang menjadi salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut telah meninggalkan APRIL pada tahun 2016.

ed18c861c28224a36929ad2d85b44ecd

Dia telah membuat pengakuan bahawa dia tidak tahan dibuli oleh member APRIL yang lain dan pernah mencuba membuat sesuatu yang tidak masuk akal akibat ‘depression’.

Sejak itu, APRIL telah menjadi bualan orang ramai. Bagaimanapun, pendapat orang ramai mula bertukar apabila peminat APRIL menunjukkan beberapa jurang di dalam dakwaan Hyunjoo.

unnamed 1 13

Agensi dan ahli APRIL yang lain turut menjelaskan pendirian mereka dengan berkata, “Tiada ugutan dan gangguan terhadap Hyunjoo”.

Meski yang demikian, kontroversi ini tak kunjung surut sehingga menyebabkan APRIL dan Hyunjoo menunda aktiviti mereka.

Pada akhirnya, APRIL memutuskan untuk bubar setelah 7 tahun bersama.

Sumber: KBIZoom

Previous articleLee Hyori Tidak Mempunyai Sebarang Skincare, Hanya Buat Satu Langkah ‘Gila’ Ini Sahaja
Next articleKelihatan Semakin Kurus, Bekas Ketua AOA Jimin Membuat Peminat Risau