Lee Hyori baru- baru ini telah muncul di dalam rancangan “Seoul Check-In” dan telah mendedahkan bahawa dia tidak menjaga kulitnya.

2c3e474af281460e9918074a5a33cba3

Lee Hyori yang tinggal di Pulau Jeju telah pergi ke Seoul selama 3 hari. Lee Hyori telah pergi ke rumah Uhm Jung Hwa dan mereka minum-minum bersama sambil bersembang.

Mereka bercakap tentang kesulitan mereka sebagai penyanyi wanita senior di dalam industri hiburan.

Lee Hyori face

Sementara Lee Hyori sedang minum, Uhm Jung-hwa bartanya, “Wajah kau tak bengkak?”.

Lee Hyori kemudian menjawab, “Muka aku akan bengkak dan akan menjadi sangat bengkak.”

Uhm Jung Hwa berasa risau dengan keadaan kulit Lee Hyori dan kemudian dia bertanya, “Kau tak pernah buat rawatan kulit kan?”

Lee Hyori menjawab, “Tidak. Aku fikir aku kena pakai mask muka waktu tidur nanti.

00408774s1

Uhm Jung Hwa kemudian menunjukkan alat kecantikannya yang boleh merawat kulit kepada Lee Hyori, dan menyuruh Hyori untuk menggunakannya.

Paling mengejutkan, Lee Hyori berkata, “Aku tidak menggunakan banyak skincare. Aku selalu pakai losyen tangan dan kemudian sapukan baki losyen tersebut di muka sebelum tidur.”

 

Previous article“Kata-kata Kamu Akan Berbalik Kepada Diri Sendiri.” – Jae Suk Beri Amaran Kepada Golongan Manusia Ini
Next articlePeminat Mahukan Penjelasan Dan Permohonan Maaf Secara Rasmi Daripada Lee Hyunjoo Kepada APRIL