Home K - Pop Pelakon Wanita Korea Ini Disaman Bekas Kekasih Selepas Gagal Penuhi Janji!!!

Pelakon Wanita Korea Ini Disaman Bekas Kekasih Selepas Gagal Penuhi Janji!!!

0

Seorang aktress yang sudah berkahwin dalam usia linkungan 50-an telah disaman oleh bekas teman lelaki.

Berdasarkan sumber, pelakon itu yang masih bergiat aktif, telah disaman bekas kekasih sebanyak 112 juta Won kerana telah menamatkan hubungan mereka. Difahamkan mereka telah berjumpa pada tahun 2020, dan berkasih selama 2 tahun, walaupun terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan mereka sudah pun berkahwin.

Lelaki itu telah bercerai dengan isteri nya setelah dipaksa oleh pelakon wanita itu dan aktress itu turut berjanji akan menuntut cerai daripada suaminya. Aktress itu dikatakan telah berjanji akan menikahi bekas kekasihnya itu setelah kedua-dua nya bercerai, dan disebabkan perjanjian itu, lelaki itu telah menampung perbelanjaan aktress tersebut dari segi kewangan, membelikan kereta dan membayar pendidikan anaknya. Sebaliknya, aktress itu telah mengambil keputusan untuk putus dengan nya.

Bekas kekasihnya turut memberitahu, “Saya percaya kan dia, kami berjanji untuk berkahwin, jadi apabila dia minta duit untuk belanja dan juga pendidikan anaknya, saya hanya bagi sahaja. Saya turut belikan dia kereta. Tetapi selepas saya bercerai, dia melambatkan proses penceraian nya dan melalui rakannya, dia memberitahu ingin putus dengan saya.”

Laporan turut memberitahu lelaki itu turut membuat laporan lain ke atas wanita itu yang mengugut untuk menembaknya jika dia enggan menggugurkan kes ini.

Pelakon wanita ini telah memulakan karier pada tahun sekitar 90-an dan masih lagi aktif membintangi drama dan filem.

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: “Jual Anak Sendiri Ke?” Kris Jenner Dituduh Rancang Jual Video Lucah Kim K