Home Entertainment “Jual Anak Sendiri Ke?” Kris Jenner Dituduh Rancang Jual Video Lucah Kim...

“Jual Anak Sendiri Ke?” Kris Jenner Dituduh Rancang Jual Video Lucah Kim K

0
LOS ANGELES, CA - JUNE 30: Kris Jenner (L) and Kim Kardashian West attend KKW Beauty Fan Event at KKW Beauty on June 30, 2018 in Los Angeles, California. (Photo by Stefanie Keenan/Getty Images for ABA)

Baru-baru ini, media hiburan di Amerika melaporkan khabar angin di sebalik video lucah milik Kimberly Noel Kardashian atau Kim K ketika di awal kemunculan nya dalam industri hiburan.

Penyanyi rap, Ray J, yang turut terlibat dalam video lucah itu telah mendedahkan bahawa ibu kepada Kim Kardashian, Kris Jenner, yang merancang untuk menyebarkan video tersebut. Penyanyi itu turut memaklumkan dia turut menandatangai satu perjanjian yang yang turut diwakili oleh seorang peguam dan telah bersetuju untuk melakonkan tiga video lucah bersama dengan Kim Kardashian.

kim k kris jenner topknot.jpg scaled

Menerusi laman instagram miliknya, Ray J telah mendedahkan perkara itu setelah Kris Jenner muncul dalam rancangan television, “Late Late Show with James Corden” dan Kris membuat pengakuan yang dia tidak terlibat dengan penyebaran video lucah ketika melakukan ujian pengesanan penipuan. Ray J menambah, Kris melakukan semua itu untuk memastikan anaknya memperoleh populariti.

Ray J turut menambah, “Awak tahu apa yang lakukan! Mak awak telah merancang semua ni ( penyebaran video lucah) dengan Joe Francis dan Steve Hirsch (Vivid CEO)- itu adalah idea dia untuk memuat naik video itu di Vivid dan kami semua bersetuju.” Dia turut menyambung yang mereka berdua berpura-pura tidak tahu apa-apa sebaik sahaja video itu tersebar. Penyanyi rap itu turut berkata, “Awak nak nampak macam kalini perkara berlaku bukan sebab rancangan awak. Semua tangisan palsu, peminat anda sangat mempercayai dan bersimpati. Saya sudah tidak boleh sorokkan lagi mengenai perkara ini!”

Ray J turut memuat naik gambar kontrak yang ditandatangani bersama keluarga Kardashian.

1663012611 image

1663012629 image

1663012633 image

Berita ini telah tersebar di ruangan komuniti Korea dan netizen Korea turut memberi respons terhadap perkara ini. Mereka terkejut dengan tindakan yang dilakukan ole Kris Jenner.

Rata-rata netizen Korea memberi komen:

“Sangat memalukan, popular sebab video lucah”

“Diaorang ni memang kejar glamour je”

“Satu keluarga ni memang nak perhatian je”

“Tergamaknya buat dekat anak perempuan awak macam tu”

“Sangat menjijikkan”

Sumber: Allkpop

Baca artikel terdahulu: LOCO Umum Kejutan Buat Peminat!!!