Penggambaran filem ‘Gentleman’ yang dibintangi Ju Ji Hoon dan Park Seong Woong perlu direhatkan buat sementara waktu.

Ini kerana menurut portal VOI, kira-kira 16 orang termasuk kru produksi dan pelakon disengat lebah dan sedang dirawat di hospital.

Kejadian itu bermula ketika mereka menjalani penggambaran di Yangpyeong, Wilayah Gyeonggi. Salah seorang kru pergi pegang sarang lebah tu. Apa lagi, segerombolan lebah pun terus serang kawasan sekitarnya.

Pasukan perubatan segera datang dan memberi pertolongan cemas kepada tiga mangsa pertama. Pada 15 Oktober lalu, dilaporkan 13 orang yang menjalani rawatan di hospital manakala tiga lagi tidak memerlukan rawatan.

Pihak bomba juga mengesan lokasi dan memindahkan sarang lebah tersebut.

Pelakon Ju Ji Hoon turut dikatakan berada di lokasi berkenaan tetapi tidak kena.

Filem Gentleman mengisahkan Ji Hyun Soo (Ju Ji Hoon), seorang penyiasat yang ditangkap kerana kes pembunuhan. Untuk membersihkan namanya yang tercemar, dia bekerjasama dengan pendakwa raya Kim Hwa Jin (Choi Sung Eun).

Pada masa ini, penggambaran untuk Gentleman sedang berlangsung dan filem ini dijadualkan keluar pawagam pada Mei 2022.

Previous article5 Lokasi Penggambaran ‘Hometown Cha-Cha-Cha’
Next articleAgensi K-Pop Isytihar ‘Perang’ Dengan Internet Troll