Bintang terkenal Paris Hilton baru-baru ini mengumumkan bahawa dia dan suaminya Carter Reum telah menimang seorang cahaya mata lelaki melalui kaedah ibu tumpang.

Pewaris rangkaian hotel Hilton itu begitu teruja dan telah membuat satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya bagi berkongsi berita bahagia tersebut.

Gambar tangan kecil si comel yang sedang menggenggam tangan si ibu menjadi gambar pilihan Paris Hilton pada hantaran tersebut dengan kata-kata “kamu sudah disayangi lebih dari segalanya”.

Berita gembira itu disambut baik oleh para peminat dan rakan-rakan selebriti. Antara selebriti tersohor yang memberi ucapan tahniah dan kata-kata manis buat Paris Hilton dan suaminya adalah Kim Kardashian, Heidi Klum, Lindsay Lohan, Donatella Versace, Milla Jovovich, Naomi Campbell dan ramai lagi.

Wakil Paris Hilton telah mengesahkan berita itu secara rasmi kepada pihak portal berita CNN. Paris Hilton dalam satu temu ramah dengan portal berita People dipetik berkata-kata “saya selalu mengimpikan untuk menjadi seorang ibu, saya sangat bahagia kerana saya dan Carter telah menemui satu sama lain”.

Paris Hilton juga meluahkan rasa gembiranya untuk meluahkan rasa gembiranya dengan kehadiran bayi lelaki mereka, “kami sangat teruja dan bahagia untuk memulakan hidup baru kami sebagai sebuah keluarga dan jantung kami seolah-olah mahu meletup dengan rasa kasih sayang terhadap bayi lelaki kami”.

Paris Hilton dan Carter Reum telah mengikat tali pertunangan pada bulan Februari 2021 setelah beberapa tahun keluar bersama-sama dan menjalin hubungan romantis. Carter Reum telah melamar Paris Hilton pada tarikh hari lahir ke-40 Paris Hilton dalam suasana yang sangat romantik.

FCB97A01 4FD6 43A2 86F7 BABF172226F1

Pasangan ini telah berkahwin pada bulan November 2021 dalam upacara yang sangat mewah dan gilang gemilang selama tiga hari tiga malam. Perkahwinan itu merupakan perkahwinan impian yang dimahukan oleh Paris Hilton selama ini.

Sebelum ini Paris Hilton pernah berkongsi tentang keinginannya untuk membina sebuah keluarga yang lengkap dengan kehadiran anak-anak di dalamnya. Figura itu pernah bercerita kepada E! Pada awal tahun 2022 iaitu menjadi ibu adalah misi utamanya sekarang, menjadi ibu adalah keutamaan buatnya dan dia akan cuba apa cara sekalipun untuk bergelar seorang ibu.

Menurut People, Paris Hilton pernah berkongsi impiannya mengenai anak-anak,
“Saya mahukan anak kembar dahulu” dan seterusnya selebriti itu menjelaskan bahawa dia mahu sekurang-kurangnya 2 orang atau 3 orang anak.

Biodata Paris Hilton yang ramai mungkin belum tahu:

5FDE5BFC 191B 493C B3A0 BC684E753D17

Nama penuh dia adalah Paris Whitney Hilton, lahir pada 17 Februari 1981. Kerjaya Paris Hilton ialah personaliti media, ahli perniagaan, sosialit, model dan penghibur Amerika.

Paris Hilton dilahirkan di New York City, dan dibesarkan di Beverly Hills, California. Dia juga merupakan cicit kepada Conrad Hilton iaitu pengasas Hilton Hotels.

Hilton mula menarik perhatian tabloid pada penghujung 1990-an apabila dia menceburi bidang peragaan pada usia 19 tahun, menandatangani kontrak dengan agensi Donald Trump Model Management.

Paris Hilton dikenali sebagai seorang tokoh yang sangat polarisasi sejak menjadi terkenal dan dia sering menjadi subjek kritikan pedas kerana dia tidak dianggap sebagai artis mahupun penghibur oleh warga maya, paparazi dan dunia hiburan.

Walaupun sifat dan tahap kemasyhurannya sering dipersoalkan oleh pengkritik, Paris Hilton adalah antara carian paling popular pada pelbagai laman web seperti Google, AOL dan Lycos antara tahun 2004 dan 2008.

Malah pada tahun 2004, dia telah dinamakan sebagai salah satu daripada “10 Orang Yang Paling Menarik Di Dunia”. “100 Wanita Terhangat Sepanjang Zaman” pada tahun 2011 dan pada tahun 2021, Paris Hilton menduduki tempat ketujuh dalam senarai 50 orang paling berpengaruh dalam industri NFT majalah Fortune.

Paris Hilton juga tidak lari dari terpalit dengan pelbagai macam kontroversi dan skandal sepanjang hidupnya sebagai seorang selebriti, namun sehingga ke hari ini dia masih berjaya mempertahankan status sosialnya sebagai salah seorang selebriti yang paling berpengaruh.

Baca Lagi: Bruce Willis Menderita Penyakit Afasia

Baca Juga: Katy Louise Saunders Didakwa Telah Mempunyai Seorang Anak Berusia 10 Tahun

Previous articleBruce Willis Menderita Penyakit Afasia
Next article3 Pelakon Drama Korea Dengan Bayaran Termahal