Home Entertainment Katy Louise Saunders Didakwa Telah Mempunyai Seorang Anak Berusia 10 Tahun

Katy Louise Saunders Didakwa Telah Mempunyai Seorang Anak Berusia 10 Tahun

0

Baharu sahaja dunia hiburan dikejutkan dengan pengumuman perkahwinan Song Joong Ki bersama pasangan dari British Katy Louise Saunders serta kehamilan anak sulung mereka, terbaru menurut satu sumber tidak rasmi mendakwa bahawa Katy Louise Saunders mempunyai seorang anak perempuan berusia lingkungan 10 tahun sebelum mengenali Song Joong Ki.

Sejak rumor yang berlegar mengatakan Song Joong Ki menjalinkan hubungan cinta bersama Katy, ramai peminat aktor yang terkenal dengan drama Korea VINCENZO itu mula menyelidik latarbelakang Katy Louise Saunders kerana identiti Katy saat itu masih dirahsiakan dan menjadi tanda tanya semua.

Dari hasil carian warga netizen yang “prihatin”, didapati Katy Louise Saunders kerap berfoto dan memuatnaik fotonya di media sosial bersama seorang kanak-kanak perempuan. Ini menyebabkan warga netizen mula membuat spekulasi menyatakan bahawa Katy Louise Saunders adalah seorang  janda atau balu anak seorang.

3E5C111E 17B3 4D75 9BD2 EC0F043C347D

Dakwaan ini diperkuatkan lagi dengan penemuan beberapa foto Katy Louise Saunders yang sedang bergaya didepan kamera wartawan dengan berpakaian warna coklat, menampakkan “baby bump” yang agak ketara pada tahun 2012. Gambar yang kelihatan seolah-olah dia sedang hamil itu adalah ketika dia sedang menjalinkan hubungan dengan pewaris Itali, Giovanni Tronchetti Provera.

5B70F24B 9740 409C A569 6D3848DEEDA2

Bagi menyangkal spekulasi itu, Money Today mengeluarkan artikel melaporkan bahawa Katy Louise Saunders merupakan ibu baptis kepada kanak-kanak perempuan tersebut dan kanak-kanak itu adalah anak kepada sahabat baiknya iaitu Georginia.

CF4D2E2C 7186 4E49 9357 014B854F38EB

Artikel tersebut juga menunjukkan perbandingan foto Katy yang diambil pada hari yang sama dari sudut berbeza, membuktikan bahawa Katy sebenarnya tiada “baby bump”.

68B6425A 1A9D 43F8 8A2B A84D3C317BC2

Menurut sumber terdekat dengan Song Joong Ki, mereka juga turut menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan bahawa khabar angin itu adalah tidak masuk akal dan hanya akan mengeruhkan keadaan memandangkan Katy Louise Saunders kini sedang menghamilkan anak sulungnya bersama Song Joong Ki.

Sumber tersebut juga memohon warga netizen untuk menghentikan berita tidak berasas itu kerana itu adalah mengenai kehidupan peribadi mereka.

Salah seorang netizen turut menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa Itali sangat terkenal dengan paparazinya, tidak akan ada satu berita pun yang tidak dapat mereka dedahkan apatah lagi berita-berita yang mengaitkan kehidupan peribadi artis-artis mereka disana.

Tambahnya lagi, tidak ada satu artikel sahih yang mengatakan Katy Louise Saunders pernah hamil atau bersalin sebelum ini. Jika dia benar-benar hamil atau bersalin, tidak mungkin tiada artikel mengenainya.

Tidak berapa lama setelah khabar angin itu tersebar, salah seorang kenalan rapat Song Joong Ki mendedahkan bahawa kanak-kanak dalam gambar itu sebenarnya adalah anak saudara Katy Louise Saunders.

Baca Lagi: Dabbe: The Curse Of Jinn (2013) Filem Turki Diadabtasi Dari Kisah Benar

Baca Juga: Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders Jatuh Cinta Ketika Di Set Perfileman Vincenzo