Home Artis Korea Noh Ha Yeon – 8 Kdrama menarik yang dibintangi pelakon cilik ini

Noh Ha Yeon – 8 Kdrama menarik yang dibintangi pelakon cilik ini

0

Noh Ha Yeon adalah pelakon cilik kanak-kanak yang berasal dari Korea Selatan. Dia merupakan pelakon comel yang dilahirkan pada tahun 2015.

Walaupun masih lagi berusia kanak-kanak, Noh Ha Yeon sudah memulakan debutnya sejak tahun 2020 melalui drama siri “Good Casting”. Waktu itu Noh Ha Yeon telah debut dalam lakonan ketika umurnya baru menginjak 5 tahun. Kini, pelakon kanak-kanak ini sedang trending kerana membintangi drama diri “Battle for Happiness” yang ditayangkan di ENA.

Jom sama-sama kita lihat senarai drama siri yang pernah dibintangi oleh pelakon cilik ini:

Noh ha yeon1. Good Casting (2020) menjadi drama debut Noh Ha Yeon. Dia melakonkan watak sebagai Kwon So Hee, iaitu anak perempuan kepada Im Ye Eun yang dilakonkan oleh Yoo In Young

cb8d1985 2bae 4001 88b2 bc30e19f561b2. Dalam drama siri School 2021 (2021-2022), Noh Ha Yeon membawa watak sebagai Lee A Reum, iaitu anak perempuan kepada Lee Kang Hoon yang dilakonkan oleh Jun Suk Ho

977ddbcd f42f 4a11 b719 6a83cae7b3473. Kwak Ji Min (Noh Ha Yeon) adalah anak kepada Kwak Soo Ho (Yoon Na Moo) dan Jeon Mi Sook (Park Hyo Joo) dalam drama siri Now, We Are Breaking Up (2021-2022)

d6b3cf27 6696 4421 a9e4 5ac4ecaf0eb04. Noh Ha Yeon melakonkan watak sebagai Lee Soo Hyun dalam drama siri thriller Through the Darkness (2022), watak ibu dan ayahnya dilakonkan oleh Lee Hun Joo dan Ki Hwan

28dae7d7 80cd 4e69 8a1c 8e911288af715. Dalam drama siri Tomorrow (2022), Noh Ha Yeon muncul di episod ke-7 sebagai Ye Won, di mana Kim Hee Seon dan Ro Woon sebagai pelakon utamanya

f5f3862e 40bc 443f a598 729a947570156. Melakonkan watak sebagai Kang Da Bi di Eve (2022), Noh Ha Yeon adalah anak kepada pasangan Kang Yoon Kyum (Park Byung Eun) dan Han So Ra (Yoo Sun)

cb8d1985 2bae 4001 88b2 bc30e19f561b 17. Noh Ha Yeon muncul di episod ke-5 sebagai Laura Caine dalam drama siri The Good Detective 2 (2022). Son Hyun Joo dan Jang Seung Jo adalah pelakon utama untuk Kdrama ini

28c9cbd4 3bb8 4533 a4fa b74ef37939148. Noh Ha-yeon membawa watak sebagai Kang Ji Yul dalam drama siri Battle for Happiness (2023), merupakan anak perempuan sulung kepada Oh Yoo Jin (Park Hyo-joo) dan Kang Do Joon (Lee Gyu Han)

Setakat ini, Noh Ha-yeon sudah membintangi dua drama diri yang sama dengan pelakon wanita popular Park Hyo Joo, iaitu dalam drama siri Now, We Are Breaking Up (2021-2022) dan juga Battle for Happiness (2023). Dalam kedua-dua drama siri tersebut, mereka berdua juga sama-sama dipasangkan sebagai pasangan anak dan ibu.

Walaupun masih terlalu muda, Noh Ha-yeon sudah menunjukkan bakat lakonan luar biasanya melalui berbagai-bagai drama siri yang telah dibintanginya. Semoga karier Noh Ha-yeon semakin bersinar pada masa hadapan!

Baca lagi: Happiness Battle – 9 fakta geng emak-emak yang selalu berlawan

Baca juga: Squid Game Musim 2 – Wi Ha Jun Kembali Sebagai Detektif Jun Ho