Home Entertainment Netizen Korea ‘Bising’ Wartawan Amerika Tanya Soalan Begitu Kepada Lee Jung Jae

Netizen Korea ‘Bising’ Wartawan Amerika Tanya Soalan Begitu Kepada Lee Jung Jae

0

Baru-baru ini para bintang Squid Game termasuk pengarahnya menghadiri tayangan khas K-Drama di Hollywood. Mereka turut membawa sekali penterjemah mereka ke negara Uncle Sam itu.

Semasa di karpet merah, Lee Jung Jae, bintang utama siri hit itu disapa seorang wartawan dari NBC’s Extra TV dengan soalan yang mengundang pelbagai reaksi netizen kejap lagi.

unnamed 2 1

“Saya pasti bila anda tinggalkan rumah, pergi ke mana-mana mesti orang kenal. Apa perubahan terbesar dalam hidup anda selepas siri (Squid Game) itu keluar?” tanya wartawan NBC.

“Ya, betul tu. Perubahan pertama yang saya rasa adalah bila pergi ke mana-mana orang kenal malah di US pun. Jadi bila saya pergi ke restoran atau jalan-jalan, orang cam saya.

“Bila mereka merenung saya, saya jadi terkejut dan terfikir, ‘Kejap, kenapa diaorang tengok aku macam tu.’. Bila saya tenung mereka balik, terus mereka cakap ‘Squid Game’. Saat itulah saya perasan yang kami memang menjayakannya.” balas Lee Jung Jae.

Meskipun Lee Jung Jae menjawab soalan itu dengan baik, terdapat segelintir netizen terutamanya dari Korea komen di laman theqoo tentang pertanyaan wartawan tersebut yang dirasakan tak patut kerana difahamkan aktor tersebut bukan baru popular sehari dua tetapi sejak debut tahun 1993 di Korea Selatan.

unnamed 5 1

“Apa jenis soalan tanya kat orang yang selalu jadi top star.”

“Lee Jung Jae tak pernah tak popular.”

“Produksi debut dia saja dapat rating tontonan 50%.”

“Tak ada orang di Korea Selatan yang tak kenal Lee Jung Jae! Bukan ke kena research dulu sebelum interview orang? Wow, negara ni memang tak peka.”

Bagaimanapun terdapat juga beberapa netizen yang lebih berlembut dan cuba memahami kondisi wartawan tersebut yang mungkin tidak begitu familiar dengan Lee Jung Jae sebelum ini. Populariti aktor tersebut meningkat naik di peringkat global sejak kemunculannya dalam Squid Game tahun ini.

unnamed 4 1

“Mungkin soalan itu untuk tanya Jung Jae sedar tak dia popular di Amerika Syarikat. Saya harap semua orang tak sensitif sangat. Saya tak rasa pun soalan itu biadab, dah dia orang Amerika, manalah dia tahu betapa popularnya Lee Jung Jae di Korea.”

“Saya dah buat banyak interview di red carpet sebelum ini dan bukan senang tau. Anda hanya ada masa singkat untuk buat artis selesa bercakap dengan anda. Bila Lee Jung Jae nampak selesa dan bagi jawapan cemerlang, maksudnya wartawan tu memang bagus buat kerjanya.”

Ya, chill je.

Sumber: [1]